Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kutipan zakat sihat, pungutan dijangka naik

May 04, 2021 | 05:30 AM



PUNGUTAN zakat daripada masyarakat Islam sejauh ini menunjukkan sokongan menggalakkan, dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan beberapa pertubuhan Melayu/Islam menjangkakan sumbangan dijangka bertambah.



Bahkan, Muis berkata mereka menjangkakan lebih ramai anggota masyarakat memenuhi kewajipan mereka menunaikan zakat sedang umat Islam memasuki 10 malam terakhir Ramadan.



Namun, meskipun beberapa pertubuhan Melayu/Islam melaporkan kutipan yang sihat, sesetengah masih belum mencapai sasaran tetapi akan meningkatkan usaha supaya dapat membantu lebih ramai penerima zakat.



Demi memudahkan masyarakat membuat sumbangan zakat di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini, Muis telah memperkenalkan laman zakat baru - www.zakat.sg - tahun ini.



Ia menggalak orang ramai membuat bayaran zakat melalui laman itu menggunakan PayNow, eNets atau kad debit.



Ini untuk mengelakkan keadaan di mana terdapat ramai orang berkumpul di masjid dan demi melindungi masyarakat daripada pandemik.



"Meskipun jumlah masjid yang membuka kaunter untuk mengumpul zakat terhad, lebih tiga perempat pembayar zakat kita memenuhi zakat mereka melalui laman itu dan di platform bukan kaunter yang lain, seperti cek dan stesen AXS," kata Muis.



Sebagai satu-satunya penguasa zakat di Singapura, Muis menambah ia komited memastikan semua pungutan zakat diagihkan dengan betul kepada setiap lapan asnaf mengikut syariah.



Selain Muis, masyarakat Islam di sini juga membuat sumbangan zakat menerusi badan-badan Melayu/Islam lain.



Presiden Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Encik Suhaimi Salleh, berkata mereka menyaksikan sedikit peningkatan dalam sumbangan zakat pada separuh pertama Ramadan ini, dengan badan itu sudah mengumpul sekitar $55,000 sejauh ini.



Tahun lalu, mereka mengumpulkan $170,000, sebahagian besarnya semasa Ramadan.



"Kenaikan kecil dalam sumbangan zakat adalah setanding dengan tahun lalu. Jangkaan awal kami lebih rendah, tetapi keadaan semasa menunjukkan sebaliknya," kata Encik Suhaimi.



Tahun ini, LBKM mempunyai sekitar 500 penerima zakat, dan zakat akan diagihkan sebagai dermasiswa kepada pelajar yang memerlukan.



Dermasiswa yang akan diberikan itu berjumlah antara $350 dengan $2,200 bagi setiap pelajar, bergantung pada tahap pengajian mereka.



Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ehsan Relief, Encik Basheer Ahmad Ali, pula berkata sumbangan zakat oleh masyarakat kepada badan bantuan kemanusiaan itu semasa Ramadan ini menggalakkan.



Meskipun sumbangan zakat yang diterima sekitar 30 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding tahun lalu dalam tempoh masa ini disebabkan Covid-19, sumbangan derma bagi projek Ramadan badan itu mantap.



Encik Basheer berkata sekitar 70 peratus sumbangan zakat mereka disalurkan ke luar negara, termasuk bagi pelarian Syria, Palestin dan Rohingya, dengan bantuan diberi dalam pelbagai bentuk seperti kewangan, bekalan makanan bulanan atau program bantuan mata pencarian.



Sekitar 30 peratus pula bagi penerima di Singapura, dengan terdapat sekitar 500 benefisiari dalam senarai mereka, seperti ibu tunggal, warga emas dan individu kurang upaya.



"Zakat adalah sistem rangkaian sosial terbina yang penting, di mana keperluan orang miskin, warga emas, ibu atau bapa tunggal dan anak-anak yatim dijaga. Ramai daripada mereka bergantung pada wang zakat untuk meneruskan kehidupan mereka," kata Encik Basheer.



Persatuan Muhammadiyah pula telah mengumpulkan lebih $100,000 dalam sumbangan zakat sejauh ini.



Namun, Setiausaha Agung persatuan itu, Cik Roszanah Abdul Salim, berkata jumlah itu lebih rendah berbanding lebih $300,000 yang dikumpulkan tahun lalu, yang mungkin disebabkan masyarakat terjejas oleh Covid-19 dari segi pendapatan mereka semasa tempoh haul yang lalu.



Meskipun jumlah yang dikumpulkan sejauh ini belum mencapai sasaran, persatuan itu akan berusaha untuk mengumpulkan lebih banyak zakat tahun ini untuk membolehkan mereka membantu lebih ramai keluarga dan benefisiari, tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >