SINGAPURA telah menyerahkan laporan pertama kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang perjanjian antarabangsa yang mengutuk diskriminasi kaum secara menyeluruh dan menggariskan usahanya untuk mengakhiri perbuatan sedemikian.
Laporan itu adalah satu syarat bagi semua negara yang menganggotai Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), yang ditandatangani Singapura pada Oktober 2015 dan diratifikasi pada November 2017.