Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laba Second Chance Properties naik 38.46%

Oct 30, 2023 | 07:42 PM



Kumpulan Second Chance Properties Ltd (SCP) melaporkan keuntungan bersih selepas cukai sebanyak 38.46 peratus, mencapai $19.66 juta bagi tahun kewangan penuh berakhir 31 Ogos 2023 (FY23).

Menurut kenyataan SCP pada Isnin, keuntungan itu didorong oleh pelaburan saham dan penjualan hartanah pelaburan.

Secara keseluruhan, pelaburan sahamnya menjulang 94.94 peratus kepada $18.87 juta, berbanding $9.68 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan penuh berakhir 31 Ogos 2022 (FY22).

SCP juga mengisytiharkan dividen sebanyak $0.55 untuk FY23, yang akan tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) akan datang.

Dividen itu akan diagihkan dalam bentuk wang tunai.

Dalam kenyataan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SCP, Encik Salleh Marican, berkata: “Selepas lebih 30 tahun menjalankan perniagaan pakaian kami di Singapura, baru-baru ini kami menutup cawangan kami disebabkan pengubahsuaian wajib di seluruh pusat membeli-belah yang memaksa semua penyewa berpindah.

“Di Malaysia, perniagaan pakaian kami akan terus menguntungkan walaupun menghadapi persaingan yang sengit dan trend beli-belah dalam talian yang semakin meningkat, (yang) menjejas operasi kami.”

Encik Salleh turut berkata, perniagaan emas SCP akan mengekalkan keuntungannya dan akan terus beroperasi dari premis milik syarikat itu di City Plaza.

Disebabkan penutupan Tanjong Katong Complex (TKC) pada Ogos 2023, beberapa penyewa, termasuk SCP, telah berpindah ke gedung membeli-belah di seberang jalan, di City Plaza.

Menurut SCP kepada Bursa Singapura (SGX), hasil pendapatan SCP turun sebanyak $1.21 juta atau 2.80 peratus, daripada $43.12 juta pada FY22 kepada $41.91 juta pada FY23.

Hasil daripada perniagaan pakaian turun sebanyak $0.16 juta atau 7.66 peratus, daripada $2.09 juta pada FY22 kepada $1.93 juta pada FY23.

Di samping itu, hasil daripada perniagaan emas turun sebanyak $4.27 juta, daripada $23.21 juta pada FY22 kepada $18.94 juta pada FY23, yang disebabkan harga runcit emas yang tinggi dan keadaan pasaran am.

Hasil yang dijana daripada penyewaan hartanah turun sebanyak $1.56 juta, daripada $4.31 juta pada FY22 kepada $2.75 pada FY23.

“Pendapatan sewa SCP telah merosot dan dijangka terus menurun berikutan penjualan beberapa hartanah pelaburan sejak tahun sebelumnya.

“Kami menjangkakan pendapatan dividen akan berkurangan kerana kami perlu mematuhi peraturan penyenaraian SGX 1020 dan mengecilkan portfolio pelaburan sedia ada kami,” jelas Encik Salleh.

Namun, keuntungan yang diselaraskan sebelum faedah, cukai dan penurunan nilai aset (Ebitda) meningkat sebanyak $1.27 juta daripada $17.57 juta pada FY22 kepada $18.84 juta pada FY23.

Di samping itu, terdapat keuntungan sebanyak $5.42 juta pada FY23 selepas pemerolehan tunai dan pelupusan beberapa instrumen ekuiti yang dipegang SCP dan diklasifikasikan sebagai aset kewangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >