KEUNTUNGAN bersih kumpulan media, Singapore Press Holdings Limited (SPH) meningkat 32.1 peratus kepada $60.4 juta pada suku pertama yang berakhir November lalu, berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Menurut kenyataan SPH semalam, prestasi itu didorong oleh pendapatan pelaburan bernilai $12.4 juta, yang sebahagian besar disumbang oleh pendapatan daripada penjualan saham di samping pendapatan dividen.