Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Label pengeluaran asap baru mulai 1 Jan untuk bantu pembeli kereta

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Label pengeluaran asap baru mulai 1 Jan untuk bantu pembeli kereta

Dec 22, 2017 | 05:30 AM

MULAI bulan depan, kereta yang dipamerkan di bilik pameran setempat perlu dilekatkan dengan label pengeluaran asap baru untuk membantu pembeli membuat pilihan lebih bijak.

Label Pengeluaran Kenderaan baru itu - yang dikeluarkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) - menggantikan label Penggunaan Bahan Api yang digunakan kini.

Perubahan itu selaras dengan penguatkuasaan Skim Pengeluaran Kenderaan (VES) baru pada 1 Januari, yang juga menggantikan Skim Pengeluaran Karbon Kenderaan.

Skim baru itu menilai kenderaan berdasarkan empat pencemar udara - hidrokarbon, karbon monoksida, nitrogen oksida dan jirim zarah (PM) - selain karbon dioksida.

Rebat atau bayaran tambahan (surchage) bagi kenderaan ditentukan berdasarkan tahap pencemaran udara yang tertinggi.

"Ini adalah untuk menggalak pembeli kereta supaya memilih kereta yang mengeluarkan pencemar udara lebih rendah bagi semua jalur pencemar udara," kata LTA dan NEA dalam satu kenyataannya.

"Label Pengeluaran Kenderaan baru akan menunjukkan jalur pengeluaran bagi lima pencemar udara, rebat atau bayaran tambahan VES selain keberkesanan kenderaan itu menggunakan bahan api."

VES menjejas semua kereta baru, teksi, dan kereta terpakai yang baru diimport.

Ini termasuk kenderaan yang menggunakan enjin Suntikan Bahan Api Ke Lubang atau port-fuel-injection (PFI).

Namun, semua kenderaan yang didaftar antara 1 Januari dengan 30 Jun tahun depan terkecuali daripada syarat PM demi memberi penjual kenderaan lebih banyak masa untuk menyerahkan maklumat pengeluaran PM untuk dinilai.

Sebaliknya, kata LTA dan NEA, kenderaan PFI yang tidak memiliki maklumat pengeluaran PM pada 1 Julai 2018 akan dikenakan bayaran tambahan maksimum VES, iaitu $20,000.

Pemandu boleh menggunakan kalkulator maya di laman One.Motoring untuk melihat dan membandingkan jalur VES dan penggunaan bahan api yang berbeza antara kereta yang dijual di sini, tambah LTA dan NEA.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3