Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Labur masa bersama anak, pendidikan mereka: Faishal

Kerja dari rumah dek Covid-19 beri ibu bapa peluang luang lebih banyak masa bersama anak
Oct 11, 2021 | 05:30 AM



IBU bapa perlu merebut peluang melaburkan masa bersama anak-anak dan menjadi lebih terlibat dalam pembelajaran serta perkembangan mereka, gesa Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Membaca dengan anak-anak adalah antara kegiatan mudah yang boleh dilakukan, yang bukan membangunkan bahasa, kreativiti dan emosi mereka sahaja, malah mengukuhkan ikatan kekeluargaan.



Dr Faishal menyatakan demikian dalam ucapannya di pembukaan acara 'Membaca Di Bawah Bintang' yang dijalankan secara maya kelmarin.



Acara yang disertai hampir 650 peserta itu dianjurkan sebagai sebahagian daripada Bulan Raikan Ilmu Mendaki.



Ia bertujuan memupuk minat membaca dalam keluarga dan menggalak tanggapan pembelajaran boleh berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja, termasuk di dalam rumah atau 'di bawah bintang'.



Tahun ini, acara itu memberi tumpuan pada cara keluarga dapat merebut peluang dan terlibat dalam pembelajaran anak bagi meningkatkan pembangunan mereka.



Dalam ucapan beliau yang disampaikan dari Taman Warisan Melayu, Dr Faishal berkata kajian menunjukkan tahun-tahun awal seorang kanak-kanak memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, kognitif dan fizikalnya.



"Ada banyak peluang pengajaran yang ibu bapa boleh dapatkan menerusi membaca.



"Sebagai contoh, kita boleh menyampaikan nilai melalui cerita dongeng atau merangsang imaginasi dan kreativiti mereka melalui permainan peranan dan bertanya apa yang akan mereka lakukan secara berbeza sekiranya mereka adalah watak dalam cerita itu.



"Kegiatan ini bukan memupuk perkembangan anak-anak kita sahaja, bahkan membantu menyalakan minat mereka dalam pembelajaran dan mencetuskan imaginasi mereka," kata Dr Faishal.



Pandemik Covid-19 ini juga memberi peluang kepada ibu bapa yang perlu bekerja dari rumah meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak, tambah beliau.



Ini memberi peluang baik untuk ibu bapa menggalak pembelajaran dengan mewujukan sekitaran rumah yang sesuai anak-anak, seperti menyediakan sudut membaca di rumah.



"Rebut peluang-peluang ini dan jadilah guru pertama anak kita," seru Dr Faishal.



Gerakan Raikan Ilmu diteruskan sepanjang bulan ini.



Kegiatan lain yang ditawarkan kepada kanak-kanak dan keluarga termasuk pengalaman belajar dari alam sekitar anjuran Longkang Adventures, program membaca seperti KidsREAD anjuran Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dan lawatan berpandu percuma di Taman Warisan Melayu bagi mempelajari lebih lanjut tentang warisan dan budaya Melayu.



"Saya menggalak anda merebut peluang mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan pembelajaran yang Mendaki dan rakan-rakan kongsinya telah pilih bagi bulan Raikan Ilmu tahun ini.



"Jangan takut untuk membiarkan anak anda cuba perkara baru atau ambil bahagian dalam kegiatan. Anda tidak akan tahu apa yang anda dan anak-anak anda mampu lakukan sehingga anda telah meneroka dan mencubanya," kata Dr Faishal.



Orang ramai juga dijemput menyertai acara seperti Pesta Pembelajaran, Pameran Kemahiran dan Kerjaya Jump oleh Mendaki Sense, dan Dialog Dasar Mendaki-Institut Pengajian Dasar (IPS) serta majlis penutup Raikan Ilmu.




"Ada banyak peluang pengajaran yang ibu bapa boleh dapatkan menerusi membaca. Kegiatan ini bukan memupuk perkembangan anak-anak kita sahaja, bahkan membantu menyalakan minat mereka dalam pembelajaran dan mencetuskan imaginasi mereka."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >