Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ladang Lim Chu Kang bakal penuhi keperluan makanan setempat

Turut jadi destinasi riadah bagi warga Singapura
May 18, 2021 | 05:30 AM



DENGAN adanya kelompok pertanian-makanan berteknologi tinggi di Lim Chu Kang, ladang serta kebun di sekitar kawasan tersebut bukan sahaja dapat memainkan peranan untuk memenuhi keperluan makanan setempat, malah menjadi destinasi menarik untuk tujuan pendidikan dan rekreasi bagi rakyat Singapura.



Demikian menurut Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu sewaktu melancarkan sesi pertama perbincangan pelan induk Lim Chu Kang dengan pihak berkepentingan, termasuk rakan industri dan orang ramai menerusi aplikasi Zoom, yang dianjurkan Agensi Makanan Singapura (SFA) semalam.



Menerusi sesi perbincangan itu, para peserta akan mengongsi pandangan serta cadangan mereka bagi melakar masa hadapan kawasan tersebut.



Dalam ucapannya, Cik Fu berkata sebagai sebuah negara yang kecil dan mempunyai jumlah penduduk yang ramai, Singapura perlu menguruskan penggunaan tanahnya dengan seimbang, seperti untuk perumahan, industri serta kawasan hijau untuk kemampanan dan biodiversiti.



Justeru, beliau menekankan bahawa pelan induk Lim Chu Kang ini mampu menjadi tunggak utama dalam Kisah Pemakanan Singapura.



"Kami percaya bahawa Lim Chu Kang dapat menjadi kawasan pertanian khas yang menyumbang kepada keselamatan makanan kami, dan berkembang menjadi kawasan yang hijau, lestari dan mampu berdaya tahan dengan perubahan iklim.



"Ini akan menjadi kelompok pertanian teknologi inovatif yang mampu memikat bakat muda kita, selain menjadi tempat riadah yang sangat disukai warga Singapura," kata beliau



Cik Fu turut menekankan bahawa meningkatkan pengeluaran makanan setempat adalah penting demi keselamatan makanan.



Ia sejajar dengan matlamat '30 menjelang 30' (untuk memenuhi 30 peratus keperluan makanan setempat menjelang 2030) yang diperkenalkan pada 2019.



"Saya gembira kerana terdapat pemahaman bersama mengenai perlunya Singapura memperkukuh kemampuan pengeluaran makanan setempat kita dengan lebih baik lagi.



"Atas sebab inilah kami berada di sini untuk memulakan perbincangan penting mengenai masa depan pengeluaran makanan di Singapura," tambahnya.



Sesi perbincangan yang akan dibahagikan kepada tiga fasa, mulai bulan ini hingga Oktober, merupakan sebahagian daripada daya usaha gerakan Singapura Bersama, di mana pemerintah berharap dapat menggembleng tenaga bersama rakyat Singapura dengan cara baru untuk merancang dan melaksanakan idea, program dan dasar bersama.



Menerusi kenyataan SFA, Ketua Pegawai Eksekutif SFA, Encik Lim Kok Thai berkata penghasilan makanan setempat menjadi teras utama strategi keselamatan makanan negara ini.



"Kami membayangkan Lim Chu Kang menjadi sebuah hab agro makanan utama Singapura, yang dapat menghasilkan lebih daripada tiga kali ganda kapasiti pengeluaran makanan semasa apabila kawasan itu dibangunkan semula.



"Hari ini menandakan bermulanya perbincangan dan tunggak penting dalam perjalanan kami menuju rancangan induk yang terbentuk hasil perkongsian antara pemerintah, pihak berkepentingan dengan orang ramai.



"Kami mengalu-alukan idea dan sokongan untuk membentuk masa depan kisah makanan kami bersama," kata Encik Lim.




"Kami percaya bahawa Lim Chu Kang dapat menjadi kawasan pertanian khas yang menyumbang kepada keselamatan makanan kami, dan berkembang menjadi kawasan yang hijau, lestari dan mampu berdaya tahan dengan perubahan iklim.

Ini akan menjadi kelompok pertanian teknologi inovatif yang mampu memikat bakat muda kita, selain menjadi tempat riadah yang sangat disukai warga Singapura."


- Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >