Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagenda penulisan lirik lima dekad

Nov 03, 2022 | 08:57 PM







KALAU mahu berkarya seni, buatlah dengan sepenuh hati, penuh kejujuran tanpa memikirkan untuk dikenali. Populariti yang bertahan lama akan datang sendiri.





Demikian prinsip tokoh seni prolifik, Encik Mohamed Noor Mohamed Yusofe, atau lebih dikenali sebagai Yusnor Ef, penerima Anugerah Jauhari Pencapaian Sepanjang Hayat tahun ini.





Sebelum beliau penerima Anugerah Jauhari Pancapaian Sepanjang Hayat termasuk Fandi Ahmad pada 2017.





Sentuhan emas Encik Yusnor, 85 tahun, dalam penulisan lirik lagu, sudah menjangkaui zaman selama lebih lima dekad lamanya, sehingga diangkat sebagai legenda seniman muzik pop Melayu – melalui era Pop Yeh Yeh hingga ke pop malar segar yang mewarnai industri sehingga awal 1990an.





Beliau telah menyumbangkan lebih 250 yang sebahagian besarnya menjadi ‘hit’ dan telah dinyanyikan oleh artis mapan seperti Biduanita Saloma, Sanisah Huri, Anita Sarawak, J. Mizan, Ahmad Jais dan ramai lagi.





Selain menyandang kerjaya sebagai guru Bahasa Melayu sepenuh masa, beliau yang lahir pada 1937, juga popular sebagai penulis skrip drama, sketsa lawak dan turut terlibat dalam penerbitan drama dan filem.





Seni kata pertama yang telah dicipta datuk tiga cucu ini adalah untuk filem ‘Tunggal’, arahan S. Kadarisman pada 1969. Lagunya pula telah dihasilkan oleh seniman agung Allahyarham P. Ramlee.





Di kalangan mereka yang pernah bekerja rapat denganya, Encik Yusnor dikenali sebagai seorang yang cukup teliti, komited dan bersungguh-sungguh dalam pembikinan seni kata dan menghormati serta menghargai karya seni orang lain.





Mengenai pengiktirafan anugerah yang diterima semalam, Encik Yusnor berkata beliau cukup terharu kerana perjalanan seninya dihargai. “Saya amat berbesar hati untuk menerima anugerah yang amat bermakna ini. Terima kasih kepada Berita Harian (BH) kerana mengiktiraf kerja seni saya selama ini.





“Saya masih lagi pegang kata-kata hikmah dari seniman agung P. Ramlee, beliau berkata kepada saya, “Seni adalah kerja Tuhan, oleh itu buatlah dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kejujuran”.





“ Dan saya pegang nasihat ini hingga ke hari ini.

“Nasihat saya pada generasi muda hari ini, jika anda ingin berkarya, buatlah dengan sempurna dan dengan penuh dedikasi, dan bukan kerana inginkan nama atau dikenali semata-mata. Semua ini akan datang dengan sendirinya, jika anda berkarya dengan ikhlas dan sepenuh hati, ujar Encik Yusnor.





Mengulas penghargaan yang telah diberikan kepada Presiden Persatuan Penyanyi dan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus) itu, Setiausaha badan tersebut, Cik Rusedah Tawahid, berkata: “Saya sangat teruja kerana apa yang telah beliau sumbangkan selama ini mendapat pengiktirafan, dan semoga generasi muda kita dapat mengikuti jejak beliau yang tidak pernah kenal penat dan lelah untuk terus menyemarakkan seni dan lagu-lagu Melayu di sini.





“ Yang nyata, kerja seni beliau tiada batasan, dan beliau tidak pernah mengira jika usahanya itu mendapat ganjaran atau tidak. Beliau akan tetap melakukannya dengan sepenuh jiwa dan kesungguhan yang utuh,” kata Cik Rusedah.





Encik Yusnor tidak dapat menghadirkan diri di majlis gah yang berlangsung di Four Seasons semalam, atas sebab kesihatan. Anaknya, Cik Reeta Mohamed Noor, telah menerima trofi Anugerah Jauhari Pencapaian Sepanjang Hayat bagi pihak bapanya.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >