Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, MASYARAKAT DAN BELIA (MCCY)

Lagi $12j sokong pemulihan sektor seni, budaya

Mar 11, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan memperuntuk lagi $12 juta untuk menyokong pemulihan dalam sektor seni dan budaya Singapura, umum Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.



Ini adalah di samping Pakej Daya Ketahanan Seni dan Budaya (ACRP) $75 juta yang diperkenalkan pada April 2020 untuk membantu sektor itu melalui pandemik Covid-19.



Bercakap di perbahasan Belanjawan kementeriannya di Parlimen semalam, Encik Tong berkata peruntukan $75 juta bagi ACRP itu akan digunakan sepenuhnya menjelang hujung tahun kewangan ini, sambil menambah suntikan tambahan $12 juta itu akan memperkukuh keuntungan yang diperolehi.



"ACRP menunjukkan komitmen jelas pemerintah ke arah menyokong sektor seni, budaya dan warisan sejak pandemik bermula.



"Sokongan ini adalah penting, melindungi pekerjaan dan mata pencarian, dan melindungi bakat dalam sektor itu," kata beliau.



Skim di bawah pakej itu termasuk Subsidi Sewa Tempat, yang menawarkan syarikat seni kadar yang dikurangkan sebanyak 30 peratus.



Subsidi itu menyokong lebih 1,700 persembahan secara langsung dan acara budaya lain pada 2020 dan tahun lalu.



Ia akan dilanjutkan untuk lagi tiga bulan sehingga 30 Jun.



Majlis Seni Kebangsaan (NAC) akan memperkenalkan sebuah Dana Transformasi Sektor baru, yang memberi tumpuan pada projek yang mempertingkat pengalaman penonton, kecekapan pertubuhan dan aliran pendapatan.



Dana itu juga akan menyokong projek yang sebelum ini dibiayai Geran Transformasi Pertubuhan (OTG) jika ia mempunyai potensi bagi keuntungan lanjut.



Jumlah bagi OTG akan dinaikkan kepada sehingga $40,000 daripada $30,000.



Lembaga Warisan Negara (NHB) akan memasukkan geran itu ke dalam skim-skimnya bagi sektor warisan untuk memenuhi projek berskala besar dan jangka panjang.



Geran itu juga akan ditawarkan kepada persatuan perniagaan untuk menggalak transformasi dalam kawasan bersejarah.



Tempoh permohonan pertama dibuka pada Mei ini dan yang kedua pada November.



Encik Tong berkata kementeriannya akan memberi tumpuan pada tiga bidang utama - digitalisasi sebagai pendorong utama, menyokong individu bekerja sendiri dengan pemerolehan kemahiran dan persekitaran bekerja lebih baik, dan membina ruang bertenaga yang mengikuti perkembangan trend baru dan memenuhi keperluan pengamal dengan lebih baik.



Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, pula mengetengahkan ruang baru Muzium Seni Singapura di Tanjong Pagar Distripark (TPD) sebagai contoh membina ruang bertenaga bagi sektor seni dan budaya.



Ia menarik lebih 17,000 pengunjung semasa Minggu Seni Singapura pada Januari.



Beliau menambah bahawa kerjasama NAC dan Penguasa Tanah Singapura (SLA) untuk memperbaharui ruang eksperimen seni dan budaya di 52 hingga 56 Kampong Java "akan menawarkan artis pelbagai disiplin tempat boleh dimampui untuk memberi tumpuan pada proses eksperimen dan kreatif mereka".



"NAC akan mendapatkan pandangan masyarakat seni mengenai penggunaan ruang ini dalam separuh pertama tahun ini," kata beliau.



Skim-skim geran yang diperkenalkan dalam tempoh dua tahun lalu di bawah ACRP akan diselaraskan.



NAC telah merangkumkan Skim Pembangunan Keupayaan bagi Geran Persembahan Seni dan Digital dalam skim geran yang berterusan, manakala Geran Individu Bekerja Sendiri akan dimasukkan ke dalam skim geran Persembahan dan Penyertaan, dan Pembangunan Keupayaan sedia ada.



Pemerintah juga akan menokok Dana Pemadanan Kebudayaan dengan $150 juta dalam usaha berterusannya untuk menggalak kedermawanan budaya.



"Tokokan itu akan menggalak kedermawanan budaya dan mempertingkat kemampanan sektor seni dan warisan," kata Encik Tong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >