Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Setempat

Lagi $15 juta dana pemulihan bagi pemilik monumen negara

Oct 15, 2019 | 03:44 PM

PEMILIK monumen negara akan mendapat akses kepada $15 juta sebagai sebahagian daripada dana yang ditetapkan untuk projek pemulihan mereka dalam tempoh lima tahun akan datang.

Wang tersebut, yang akan dimasukkan ke dalam Dana Monumen Negara, adalah pemberian dana yang ketiga yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) sejak dana itu diperkenalkan pada 2008.

Dana tersebut disediakan untuk Organisasi Bukan Berasaskan Keuntungan (NPO) dan organisasi keagamaan yang memiliki dan mengurus monumen negara sendiri. Permohonan bagi mendapatkan dana itu dibuka sehingga akhir tahun ini.

Pengumuman itu dibuat pada Selasa (15 Oktober), di samping Lembaga Warisan Negara (NHB)  mewartakan tiga jambatan di Sungai Singapura - jambatan Cavenagh, Anderson dan Elgin - sebagai monumen negara pada majlis yang dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu.

"Jambatan-jambatan ini telah menyaksikan kemajuan negara kita sejak dua abad lalu. Muara Sungai Singapura amat bersejarah kerana ia merupakan pelabuhan Singapura yang lama.

“Di sanalah tempat nenek moyang kami mula menginjak kaki dan memulakan kehidupan (di Singapura), dengan bekerja di sekitar pelabuhan, "kata Cik Fu.

 

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian