Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi $15 juta diperuntuk bagi program pengajian marin

Apr 24, 2015 | 04:55 PM



LAGI $15 juta akan diperuntukkan bagi meluaskan program-program pengajian nautikal, atau dikenali program Sijil Kecekapan (Had Khas) bagi pegawai dek dan jurutera marin selama tiga tahun hingga 2017.


Dengan geran tambahan itu, sebanyak $27 juta telah dibiayai bagi program tersebut sejak ia dilancarkan pada 2011.


Ini diumumkan oleh Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Pengangkutan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, di majlis penyampaian sijil bagi program Sijil Kecekapan (Had Khas) di Politeknik Singapura hari ini.


Program itu membolehkan penuntut belajar tentang operasi perkapalan dan belayar di kawasan lautan berdekatan Singapura.


Beliau berkata Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) akan memanfaatkan Dana Kelompok Maritim bagi Pembangunan Tenaga Manusia, dengan industri, Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) dan Agensi Pembangunan Tenaga Kerja Singapura (WDA) juga akan membiayai bersama $15 juta itu.


Seramai 300 warga Singapura lagi dijangka dilatih sebagai pegawai dek dan jurutera marin dengan pembiayaan tambahan itu.


Dr Faishal menambah, peningkatan akan dilaksanakan bagi program Sijil Kecekapan (Had Khas).


MPA telah bekerjasama dengan Akademi Maritim Singapura untuk memulakan sebuah kursus selama enam minggu yang tertumpu pada keselamatan di atas kapal.


MPA juga akan bekerjasama dengan rakan industri bagi menyediakan kursus-kursus peningkatan kemahiran baru.


Ia turut memperkenalkan kursus ulang kaji selama tiga minggu bagi membantu kadet yang memerlukan lebih masa untuk lulus peperiksaan dalam program Sijil Kecekapan (Had Khas).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >