Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi 18 alat mobiliti peribadi, dua basikal elektrik dirampas LTA

Aug 15, 2018 | 05:30 AM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) merampas 18 alat mobiliti peribadi (PMD) dan dua basikal kuasa elektrik semasa satu operasi seluruh negara antara 17 Julai dengan 2 Ogos lalu.



PMD dan basikal tersebut dirampas daripada 18 penjual dalam satu operasi penguatkuasaan terhadap perniagaan yang menyalahi undang-undang dengan menjual kenderaan yang tidak mematuhi peraturan, menurut laporan The Straits Times (ST).



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, LTA berkata lima penjual didapati memaparkan atau mengiklankan alat yang tidak mematuhi peraturan - satu kesalahan yang boleh dikenakan denda sehingga $1,000, penjara sehingga tiga bulan atau kededuanya sekali.



"Ia juga adalah satu kesalahan bagi penjual menjual alat yang tidak mematuhi peraturan atau mengubah suai alat-alat yang dimiliki pelanggan sehingga menjadikannya tidak sesuai digunakan di laluan umum atau jalan raya," kata seorang jurucakap LTA.



Beliau turut menambah bahawa pesalah kali pertama boleh didenda sehingga $5,000, dipenjarakan sehingga tiga bulan atau kededuanya sekali.



LTA mengatakan bahawa lima penjual juga ditangkap kerana gagal memaparkan notis amaran yang ditetapkan.



Penjual alat-alat sedemikian perlu menunjukkan notis amaran di premis mereka yang antara lainnya menunjukkan kriteria teknikal setiap alat dan di mana ia boleh digunakan.



Awal Jun lalu, skuter elektrik atau e-skuter seberat 92 kilogram merupakan antara PMD yang dirampas pihak berkuasa. Ia hampir lima kali ganda lebih berat daripada yang dibenarkan.



Di bawah Akta Mobiliti Aktif, yang berkuatkuasa pada 1 Mei lalu, PMD perlu menepati ketetapan kelajuan serta dari segi saiz dan berat.



Akta tersebut juga menetapkan di mana PMD boleh digunakan.



Berat PMD tidak boleh melebihi 20 kilogram, mempunyai kelebaran maksimum 70 sentimeter dan kelajuan bermotor maksimum 25 kilometer sejam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >