Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi 20 masjid tawar 100 slot solat Jumaat mulai 4 September

13,000 slot solat Jumaat diperuntuk bagi solat Jumaat mulai 4 September, tambahan 34 peratus
Aug 28, 2020 | 01:58 PM



SEBANYAK  20 masjid akan menggandakan ruang solat Jumaat kepada 100 mulai 4 September, tambahan kepada empat masjid yang telah berbuat demikian sejak awal bulan ini.



Lagi 10 masjid pula akan menawarkan tiga sesi solat Jumaat mulai hari sama, menjadikan jumlah keseluruhan ruang solat Jumaat yang ditawarkan setiap minggu 13,000 tempat.



Ini adalah tambahan 34 peratus ruang solat yang ditawarkan setiap minggu, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam kenyataannya pada Jumaat (28 Ogos).



Sebanyak 20 masjid terbaru itu dibenar menyediakan dua zon solat bagi 100 jemaah bermula Jumaat (4 September) dan masing-masing dibenar mengadakan tiga sesi solat Jumaat.



Mereka adalah Masjid Al-Istighfar, Al-Ansar, Alkaff Kampung Melayu, Al-Islah, Al-Mawaddah, Darul Ghufran, Assyafaah, Al-Istiqamah, Al-Muttaqin, An-Nadhah, An-Nur, Darul Makmur, Muhajirin, Yusof Ishak, Mujahidin, Angullia, Sultan, Al-Iman, Alkhair, Al-Mukminin, Ar-Raudhah, Assyakirin, Hasanah dan Maarof. 



Masjid-masjid itu menyertai empat masjid - Masjid Assyafaah, Masjid Mujahidin, Masjid Al-Istighfar and Masjid Al-Iman - yang sebelum ini dibenar berbuat demikian melalui satu langkah ujian untuk mencongak keberkesanan pelaksanaan Langkah Pengurusan Selamat (SMM) yang diperuntuk oleh Kementerian Masyarakat, Kebudayaan dan Belia (MCCY).



Dalam kenyataannya , Muis berkata jemaah telah menyesuaikan diri dengan baik kepada langkah keselamatan tambahan dan berkelakuan secara bertanggungjawab, termasuk bekerjasama dengan pegawai masjid di barisan depan untuk memastikan solat Jumaat dan solat lima waktu diadakan dengan selesa.



Dalam pada itu, Muis juga berkata bahawa ia akan membuka pendaftaran solat Jumaat serentak bagi dua minggu berbeza, untuk mempermudah pihak awam mendaftar. 



Sebagai contoh, pendaftaran bagi ruang solat Jumaat pada 4 September dan 11 September akan dibuka 10 pagi pada Selasa, 1 September, bagi jemaah yang belum lagi mendapat tempat sejak 24 Julai. 



Dalam 10 minggu sejak masjid-masjid mula menawarkan solat Jumaat semula pada 26 Jun, 65 masjid di serata Singapura telah mengadakan solat Jumaat, menyediakan 84,000 tempat bagi Jemaah, kata Muis. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >