Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi 384 dormitori bebas Covid-19: MOM

Jul 07, 2020 | 06:10 PM

LAGI 384 dormitori pekerja asing telah diisytiharkan bebas Covid-19 pada Selasa (7 Julai).

Ini terdiri daripada satu dormitori yang dibina khas (PBD), 345 kilang yang diubah menjadi dormitori, dan 38 kuarters pembinaan sementara, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan.


Selain itu, 23 blok untuk pekerja yang pulih di lima PBD telah disahkan bebas jangkitan.


Ini menjadikan jumlah 625 dormitori dan 44 blok untuk pekerja yang pulih di 17 PBD bebas koronavirus.


Menurut MOM, sehingga Isnin, sekitar 180,000 pekerja sama ada telah pulih, atau telah diuji bebas virus tersebut.


Sebilangan pekerja sedang menunggu pemindahan ke tempat penginapan yang sesuai sebelum mereka dapat kembali bekerja.


Pekerja lain boleh kembali bekerja sebaik sahaja pengendali dormitori, majikan dan pekerja telah membuat persiapan yang diperlukan untuk menyelesaikan tiga langkah yang diperlukan yang akan membantu mengurangkan risiko jangkitan baru sedang pekerja pergi ke kerja setiap hari.


Tiga langkah itu termasuk menghendaki pengendali dormitori mengatur masa mengambil/membawa pulang pekerja secara berperingkat dengan majikan; majikan mengesahkan atau mengemas kini alamat kediaman pekerja di pangkalan data MOM; dan pekerja memuat turun FWMOMCare untuk mengemas kini status kesihatan dan melaporkan lokasi kediaman yang sepadan dengan rekod majikan dan pengendali dormitori; selain memuat turun aplikasi TraceTogether untuk memudahkan pengesanan kenalan.


Sebilangan besar dormitori dalam dua kumpulan terakhir dormitori yang disahkan bebas Covid-19 menyelesaikan langkah itu dalam masa seminggu atau kurang, kata MOM.


Kementerian itu menambah Pasukan Jaminan dan Sokongan ke Hadapan (FAST) sedang bekerja rapat dengan pengendali dormitori, majikan dan pekerja asing untuk menyelesaikan semua langkah yang diperlukan dan menjadikan baki dormitori bebas Covid-19.


Majikan boleh merujuk ke laman web MOM untuk senarai terkini dormitori yang tidak lagi mempunyai jangkitan Covid-19 dan dormitori yang akan disahkan bebas jangkitan dalam beberapa minggu akan datang. 

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >