Lagi 40% kerja naik taraf Masjid Al-Muttaqin perlu dijalankan
Jun 18, 2016 | 05:30 AM
MASJID Al-Muttaqin masih memerlukan lebih $1 juta bagi membiayai baki kerja naik taraf yang sedang dijalankan.
Imam dan Penyelia Kursus Masjid Al-Muttaqin, Ustaz Muslim Amad, berkata sekitar 40 peratus kerja naik taraf ke atas masjid berusia lebih tiga dekad itu masih perlu dijalankan.