Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi 4,000 kawasan Wireless@SG bagi nikmati Wi-Fi percuma jelang April

Nov 01, 2016 | 08:11 AM



ORANG ramai dapat menikmati Wi-Fi percuma di 4,000 tempat baru menjelang April depan di ruang masyarakat seperti poliklinik dan pusat penjaja.



Ia akan menjadikan jumlah titik akses Wireless@SG percuma kepada 14,000. Pertubuhan kebajikan sukarela (VWO), seperti pusat kegiatan warga emas dan pusat perkhidmatan keluarga, akan mendapatnya buat kali pertama.



Ini sebahagian daripada usaha lebih besar Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk meningkatkan jumlah kawasan khas Wireless@SG kepada 20,000 menjelang 2018.



Pada masa ini terdapat kira-kira 10,000 kawasan khas di tempat seperti balai rakyat, stesen kereta api, pusat beli-belah dan perpustakaan.



Menurut dokumen tender yang dimuat naik ke laman web perolehan Pemerintah, GeBIZ, kawasan khas tambahan akan dipasang dahulu di 18 poliklinik, lebih 80 pusat penjaja, dan 100 pusat kegiatan warga emas dan pusat perkhidmatan keluarga.



Ketua Eksekutif IMDA, Encik Gabriel Lim, berkata jumlah orang awam yang menggunakan Wireless@SG telah meningkat enam kali ganda sejak 2014, apabila kaedah log masuk baru menggunakan kad SIM memudahkan pengguna mengakses kawasan khas itu.



Agensi itu juga sedang berusaha meningkatkan prestasi Internet di perpustakaan awam, balai rakyat dan hospital awam yang sudah mempunyai kawasan khas Wireless@SG.



Ia akan menambah lebih banyak kawasan khas dan mempertingkat yang sedia ada supaya pengguna boleh menikmati liputan lebih luas dan kelajuan pelayaran lebih pantas. Ini bagi menangani masalah pelayaran perlahan apabila rangkaian sesak.



Kerja ke arah itu dijangka bermula bulan depan.



Sejak April, kelajuan pelayaran beransur-ansur dipertingkat daripada 2Mbps kepada 5Mbps, lebih cepat sedikit daripada kelajuan 3G, tetapi kurang daripada kelajuan 4G yang daripada 16.7Mbps hingga 18.6Mbps.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >