Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi 800 flat sewa sementara disedia bantu keluarga yang flat BTO tertangguh

Pemohon Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (PPHS) bagaimanapun perlu penuhi kriteria kelayakan lebih ketat
Aug 04, 2021 | 05:30 AM



KELUARGA yang terjejas dengan penangguhan pembinaan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) boleh memanfaatkan 800 lagi flat sewa sementara Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang akan diperuntuk di bawah Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (PPHS) dalam tempoh dua tahun akan datang.



Namun kriteria kelayakan yang lebih ketat akan dikenakan bagi mereka yang ingin memohon bagi flat tersebut.



Mereka yang ingin memohon bagi unit di bawah PPHS mulai hari ini tidak boleh mempunyai pendapatan isi rumah melebihi $7,000 sebulan, kata HDB semalam.



Tambahnya, ini berdasarkan pendapatan yang dinyatakan semasa permohonan dibuat bagi jualan flat BTO.



Isi rumah yang pendapatannya telah jatuh hingga ke paras $7,000 dan ke bawah sejak membuat permohonan bagi jualan flat itu boleh menghubungi HDB.



Had pendapatan isi rumah itu bertujuan memastikan flat itu, yang diberi subsidi tinggi, diperuntuk bagi mereka yang kurang mampu menyewa flat daripada pasaran terbuka, menurut HDB.



PPHS menyediakan perumahan sementara buat isi rumah yang sedang menanti flat BTO mereka selesai dibina.



Keutamaan juga akan diberi buat pasangan yang sudah berkahwin dengan anak berusia 18 tahun dan ke bawah. Ini termasuk ibu bapa yang sedang menanti zuriat mereka dilahirkan.



Menerusi laman Facebooknya semalam, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata jumlah flat PPHS terus terhad sementara permintaan naik seganda sejak pandemik Covid-19 bermula disebabkan binaan flat BTO yang tertangguh.



Tambahnya, ini juga menyebabkan sesetengah penyewa tinggal lebih lama di flat PPHS manakala kekurangan pekerja binaan bermakna kerja yang perlu dijalankan ke atas flat itu selepas ia dipulangkan kepada HDB turut tertangguh.



Oleh itu, langkah seperti mengutamakan pasangan yang sudah berkahwin dan mempunyai anak bagi PPHS serta memperkenal had pendapatan merupakan sebahagian usaha untuk memastikan keluarga yang paling memerlukan perumahan sementara mendapat sokongan.



"Kami akan terus meneroka cara menambah bekalan perumahan sementara untuk menyokong isi rumah yang memerlukan bantuan dengan lebih baik," ujar Encik Lee.



Pemohon PPHS yang tidak memilih flat selepas dua kali diundang untuk melakukan demikian perlu menunggu setahun sebelum boleh memohon bagi flat itu lagi.



Mereka yang tidak membuat bayaran selepas memilih flat juga perlu menunggu setahun sebelum boleh memohon.



Ini kerana sekitar separuh pemohon yang diundang memilih flat PPHS tidak melakukan demikian meskipun jumlah permohonan meningkat sejak tahun lalu.



Tempahan bagi flat PPHS juga kini akan diadakan setiap dua bulan berbanding setiap bulan untuk menawarkan pemohon lebih banyak unit untuk dipilih.



Menurut HDB, sekitar 200 daripada 800 unit PPHS tambahan yang akan disediakan itu akan ditawarkan tahun ini dan orang ramai boleh membuat permohonan secara bertahap mulai suku keempat.



Kini terdapat sekitar 840 unit di bawah skim tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >