Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BELANJAWAN: FOKUS: PEKERJA

Lagi $870j untuk sektor penerbangan; $45j bagi seni, budaya dan sukan

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



SEKTOR penerbangan akan menerima sokongan tambahan sebanyak $870 juta daripada pemerintah untuk memelihara keupayaan teras mereka dan bangkit dari kesan pandemik Covid-19.



Ini sedang pemulihan dalam perjalanan udara global akan memakan masa lebih lama, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat semalam.



"Sempadan antarabangsa kebanyakannya masih tutup hari ini, dan sehingga hujung Januari tahun ini, jumlah pergerakan penumpang di (Lapangan Terbang) Changi hanya sekitar 2 peratus berbanding kadar sebelum Covid- 19," ujar beliau.



Sokongan $870 juta yang akan diberikan kepada sektor penerbangan itu dijangka digunakan untuk mengekalkan dan menaiktaraf keupayaannya sekali gus bersiap sedia bagi pemulihan.



Encik Heng turut menambah bahawa Singapura mesti mengekalkan kedudukannya sebagai nadi global-Asia agar negara ini dapat bangkit lebih kukuh.



"Kita akan memulihkan ketersambungan fizikal kita dan memperluas ketersambungan digital kita, selain memperdalam keupayaan kita untuk berkolaborasi dan berinovasi dengan rakan kongsi di seluruh dunia," kata beliau.



Untuk mengekalkan kedudukan Singapura sebagai hab penerbangan utama dan Lapangan Terbang Changi sebagai lapangan terbang yang selamat dan boleh dipercayai bagi pekerja serta penumpang, ujian ketibaan dan sistem keselamatan bio akan diadakan.



Ini termasuk sistem Notarise dan Verify yang sedang dibangunkan GovTech.



Sementara itu, Singapore Airlines (SIA) menyambut baik sokongan tambahan yang akan diberikan kerana ia "membantu meningkatkan rancangan Kumpulan SIA untuk mengatasi gangguan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19".



Kata Ketua Pegawai Eksekutif SIA Goh Choon Phong:



"Inisiatif ini juga akan membantu pekerja kami untuk mengekalkan pengetahuan dan kecekapan mereka, dan memperoleh kemahiran baru jika perlu, memastikan mereka bersedia pada masa depan dalam tempoh kritikal ini."



Sektor penerbangan bersama-sama sektor aeroangkasa dan pelancongan juga telah dikenal pasti sebagai sektor dalam Tahap Satu yang memerlukan lebih banyak sokongan untuk bangkit lebih kukuh daripada pandemik Covid-19 ini.



Di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) yang dilanjutkan, firma dalam Tahap Satu akan menerima sokongan 30 peratus bagi gaji yang dibayar dari April hingga Jun ini, dan sokongan 10 peratus bagi gaji yang dibayar dari Julai hingga September ini.



Dalam pada itu, sebanyak $45 juta akan dibelanjakan bagi memperluas Pakej Daya Tahan Seni dan Budaya dan Pakej Daya Tahan Sukan bagi tahun kewangan 2021.



Dana tersebut akan membantu perniagaan dan individu yang bekerja sendiri dalam sektor-sektor tersebut.



Encik Heng menjelaskan bahawa pakej itu akan diperluas bagi menyokong pembangunan keupayaan dan transformasi sektor untuk menggalakkan masyarakat memperdalam kemahiran mereka, mendakap pendigitalan serta mengubah model perniagaan.



Butiran lanjut akan diumumkan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >