Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi 95 dormitori pekerja asing bebas Covid-19: MOM

Jul 29, 2020 | 04:44 PM



SEBANYAK 95 dormitori pekerja asing sudah diisytiharkan bebas daripada jangkitan Covid-19 mulai hari ini (Rabu, 29 Julai).



Dormitori ini terdiri daripada satu Dormitori Dibina Khusus (PBD), 78 dormitori yang asalnya merupakan kilang dan 16 kuartes binaan sementara. Sebagai tambahan, 12 blok bagi pekerja pulih (BRW) dalam enam PBD ini sudah pun disahkan bersih daripada Covid-19. 



Daripada sejumlah 12 BRW yang didapati tiada kes jangkitan Covid-19, salah satunya merupakan Kian Teck Hostel. Dengan keseluruhan Kian Teck Hostel itu diisytiharkan bebas daripada Covid-19, jumlah keseluruhan dormitori yang bebas daripada jangkitan koronavirus itu mencecah 975 dormitori. Turut bebas daripada Covid-19 adalah 64 BRW dalam 17 PBD.



Ini didedahkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataannya hari ini (Rabu, 29 Julai).



Menurut kenyataan itu lagi, sehingga 28 Julai, sekitar 262,000 pekerja (sekitar 85 peratus daripada mereka) sama ada sudah pulih atau telah menjalani ujian yang mengesahkan mereka bebas daripada virus tersebut.



MOM menambah, kebanyakan daripada mereka menetap di dormitori yang sudah disahkan bebas Covid-19 atau BRW serta boleh kembali bertugas sejurus operator dormitori, majikan dan pekerja sudah membuat persiapan yang diperlukan bagi menamatkan tiga langkah yang diperlukan bagi mengurangkan risiko jangkitan baru dalam tempoh pekerja ini bertugas setiap hari.



Kebanyakan dormitori ini, jelas MOH, sudah mengambil langkah-langkah yang diperlukan dengan segera, dengan hampir kesemuanya menyelesaikan proses tersebut dalam masa seminggu atau kurang daripada itu.



Dengan lebih banyak dormitori didapati bebas daripada Covid-19, agensi sektor sedang mengambil langkah susulan bersama syarikat yang terlibat khususnya kontraktor bagi mempersiapkan diri dalam menyambung semula kerja mereka tidak lama lagi.



Pihak majikan disarankan agar merujuk pada penyata nasihat oleh Penguasa Bangunan dan Binaan bagi sektor Sekitaran Terbina serta Lembaga Kemajuan Ekonomi dan Enterprise Singapore bagi sektor Proses, Binaan dan Penyenggaraan serta Kelautan dan Lepas Pantai mengenai cara mereka boleh kembali bekerja.



Majikan digalakkan memeriksa status 'AccessCode' pekerja mereka menerusi khidmat elektronik Safe@Work. Pasukan Jaminan dan Sokongan ke Hadapan (FAST) sedang bekerjasama rapat dengan operator dormitori, majikan dan pekerja asing bagi melaksanakan segala langkah yang diperlukan di samping membersihkan baki dormitori yang terjejas daripada jangkitan tersebut.



Majikan boleh rujuk pada laman MOM bagi senarai terkini dormitori yang bebas daripada Covid-19 dan yang akan dibersihkan dalam minggu mendatang.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >