Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi flat dijilat api akibat PMD yang dicas

Sep 16, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 10 penduduk Blok 185C Rivervale Crescent dipindahkan malam kelmarin sebagai langkah berjaga-jaga selepas berlakunya satu kebakaran yang dipercayai berpunca daripada alat mobiliti peribadi (PMD) yang sedang dicas (gambar atas).



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka menerima laporan tentang kebakaran di tingkat tiga blok di Sengkang itu pada sekitar 9 malam.



Apabila SCDF tiba di tempat kejadian, api sedang menjilat sebuah unit di tingkat tiga. Kebakaran itu mengakibatkan sebuah tingkap di bilik unit itu terjatuh ke tingkat satu.



Dilengkapi dengan peralatan bantuan pernafasan, anggota SCDF memasuki unit itu yang diselubungi asap tebal.



Menurut SCDF, kebakaran melibatkan barangan di bilik tidur dan api telah dapat dipadamkan dengan satu jet air.



Seramai tiga penduduk dari unit yang terbakar itu telah keluar dari rumah itu sebelum SCDF tiba.



Dua daripada penduduk itu dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) sementara seorang lagi dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).



SCDF menjelaskan bahawa pesakit yang mengalami masalah pernafasan atau kecederaan kebakaran yang serius akan dihantar ke Pusat Rawatan Kebakaran Khas di SGH.



Bagi pesakit berusia 16 tahun ke bawah yang mengalami kecederaan sedemikian, mereka akan dihantar ke KKH.



Siasatan awal menunjukkan bahawa punca kebakaran daripada bateri PMD yang sedang dicas di bilik tidur flat tersebut.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >