Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi kejutan daripada NSP

Aug 25, 2015 | 03:58 PM



PARTI Perpaduan Nasional (NSP) komited bertanding di kawasan undi perseorangan (SMC) MacPherson pada pilihan raya umum akan datang, menurut setiausaha penganjurnya, Encik Spencer Ng, semalam, (24 Ogos), sambil menekankan pengunduran Encik Steve Chia daripada parti itu tidak menjejaskan keputusan mereka.


NSP juga mengalami satu lagi kejutan apabila seorang ahli jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu, Encik Mohamed Fazli Talip, meninggalkan parti itu semalam.


Bercakap kepada pemberita selepas satu mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Jalan Besar, Encik Ng berkata CEC secara bersama telah membuat keputusan bertanding di MacPherson, dan tetap dengan pilihannya.


Pengumuman itu nampaknya bercanggah dengan pos Facebook Encik Chia, yang juga ahli CEC, Ahad lalu bahawa beliau telah menarik diri daripada MacPherson.


Beliau turut mengucapkan selamat kepada Parti Pekerja (WP), yang telah berkata ia akan menentang Parti Tindakan Rakyat (PAP) di MacPherson, dan menggesanya mengemukakan calon bagus.


Sementara itu, dalam satu pos Facebook semalam, Encik Fazli berkata: "Dengan hati berat, saya telah meletak jawatan daripada NSP berkuat kuasa serta-merta. Saya ucapkan parti itu yang terbaik dalam (pilihan raya umum) akan datang."


Konsultan penjenamaan berusia 34 tahun itu berkata beliau mahu menumpukan perhatian pada kerjaya, tetapi menambah bahawa beliau kecewa mengenai beberapa keputusan yang dibuat NSP dan sedih mengenai peristiwa-peristiwa minggu lalu yang mempersoal kredibiliti parti itu.


Pemangku setiausaha agung NSP, Cik Hazel Poa, juga telah meninggal parti itu kerana tidak bersetuju dengan keputusan CEC-nya hendak bertanding di MacPherson.


Presiden NSP, Encik Sebastian Teo, telah menyatakan parti itu komited bertanding bagi 12 kerusi dalam pilihan raya akan datang, yang dijangka diadakan bulan depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >