Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi kes pegawai keselamatan diserang semasa bertugas

Aug 31, 2022 | 05:30 AM



TERDAPAT satu lagi kes pegawai keselamatan diserang semasa menjalankan tugas.



Menurut satu kenyataan Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) semalam, seorang anggotanya, dikenali hanya sebagai Encik Afinde, telah ditugaskan di sebuah kondominium yang terletak di kawasan barat pulau ini kelmarin.



Semasa beliau melakukan rondaan, Encik Afinde memasuki sebuah lif dan terserempak dengan penyerangnya.



Penyerang itu kemudian menyerang pegawai keselamatan itu di bahagian kepala dan belakangnya.



Penyerang itu juga mengeluarkan kata-kata lucah semasa melakukan serangan tersebut.



Semua kejadian itu dirakam oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV).



Encik Afinde, dengan sokongan daripada pengurusannya, telah membuat laporan polis.



Wakil USE turut melawatnya semalam dan memberinya beberapa hadiah dan baucar.



USE berkata anggotanya menjalankan tugas penting seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.



"Kami meminta sokongan orang ramai agar membantu memastikan sekitaran yang selamat bagi mereka bertugas.



"Kami menggesa sesiapa sahaja yang melihat tindakan penyalahgunaan ke atas pegawai kami supaya melaporkan mereka kepada kami melalui aplikasi mudah alih kami atau e-mel kepada use@ntuc.org.sg."



Pada 16 Jun lalu, seorang pegawai keselamatan cuba menahan sebuah kereta daripada memasuki kondominium tempat beliau bertugas.



Pemandu kereta itu kemudian membunyikan hon secara berulang kali dan memasuki kawasan kondominium itu secara paksa.



Pegawai keselamatan itu kemudian berasa sakit di kaki kanannya ketika kereta itu melewatinya dan telah membuat laporan polis berkaitan kejadian itu.



Dalam satu lagi kejadian berasingan pada 4 Julai lalu, seorang pegawai keselamatan diserang setelah menyuruh seorang pelanggan agar memakai pelitup semasa mahu memasuki Giant Hypermarket di Tampines Retail Park.



Laporan polis telah dibuat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >