Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi penghuni blok HDB diminta jalani ujian susuli jangkitan

Libatkan 243 penduduk Blok 559 Pasir Ris Street 51; Ye Kung: Ujian cara terbaik cegah penularan
May 24, 2021 | 05:30 AM



KESEMUA 243 penduduk di satu lagi blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Pasir Ris telah diminta menjalani ujian swab selepas empat kes Covid-19 dikesan dalam dua isi rumah berbeza di blok tersebut.



Usaha tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga demi memastikan penduduk Blok 559, Pasir Ris Street 51, itu selamat.



Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata ujian swab cara berkesan mengekang penularan lanjut.



"Anda seharusnya rasa lebih selamat bila mendengar tentang operasi ujian dijalankan ini.



"Ia membantu kita mengesan dan mengasingkan individu di peringkat awal, termasuk individu yang tidak menunjukkan simptom atau menunjukkan simptom ringan yang mungkin tidak dapat dikesan (tanpa ujian)," kata Encik Ong di Facebook.



Menurutnya, pihak berkuasa akan menjalankan lebih banyak ujian di masa hadapan.



Kenyataan bersama Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) berkata ujian dua hari bagi blok Pasir Ris itu akan diadakan hingga hari ini.



Penduduk dinasihatkan supaya pergi ke Pusat Ujian Serantau Coral (bekas Sekolah Rendah Coral) antara 9 pagi hingga 12 tengah hari, 1 petang hingga 4 petang, untuk ujian mereka.



MOH dan MND berkata selain empat kes di Pasir Ris itu, 10 kes jangkitan Covid-19 juga dikesan di empat isi rumah berbeza di Blok 506 Hougang Avenue 8, termasuk seorang individu yang diuji positif semasa ujian mandatori yang dijalankan untuk penduduk blok tersebut.



Sebelum ini 407 penduduk dan pengunjung blok itu telah menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR) pada Jumaat hingga kelmarin.



Hasil ujian 126 individu masih dinantikan.



Menurut MOH, kes-kes itu kebanyakannya dikesan pada individu yang dikenakan perintah kuarantin dan kemudian diuji positif.



"Ini bermakna mereka diasingkan di peringkat awal, dan tidak bergerak ke mana-mana sementara berada dalam keadaan yang boleh menjangkiti itu."



Menyentuh empat isi rumah itu pula, MOH berkata meskipun ia berada dalam susunan yang sama, bermakna mereka mengongsi nombor unit yang sama, namun mereka berada di lantai berbeza.



Penilaian awal menunjukkan penularan menerusi udara di kalangan susunan itu tidak mungkin berlaku, kata MOH.



MOH berkata siasatan sedang dijalankan bagi memastikan kaitan serta sumber jangkitan tersebut dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) kini bekerjasama dengan majlis bandaran untuk mempertingkat kerja pembersihan di kawasan itu.



Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol Desmond Tan, yang mewakili blok Pasir Ris itu, pula berkata 79 unit di sana terdiri daripada pasangan muda hingga keluarga berbilang generasi.



Menerusi Facebooknya, Encik Tan berkata penduduk di blok lain di kawasan itu tidak perlu menjalani ujian kecuali jika mereka telah mengunjungi isi rumah di blok tersebut mulai 2 Mei.



Empat kes di blok Pasir Ris itu pernah dilaporkan MOH sebelum ini - iaitu kes 63120, 63444, 63445, dan 62873.



Salah seorang daripada mereka ialah pekerja pembersihan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi berusia 88 tahun. Beliau tidak hadir di tempat kerja sejak simptomnya bermula pada 4 Mei.



Tiga kes lain dikesan dalam isi rumah yang sama.



Mereka suri rumah warga Singapura berusia 47 tahun, lelaki warga Singapura berusia 46 tahun yang bekerja sebagai jurulatih renang, serta murid perempuan 12 tahun Sekolah Rendah White Sands.




"Anda seharusnya rasa lebih selamat bila mendengar tentang operasi ujian dijalankan ini. Ia membantu kita mengesan dan mengasingkan individu di peringkat awal termasuk individu yang tidak menunjukkan simptom atau menunjukkan simptom ringan yang mungkin tidak dapat dikesan (tanpa ujian)."
- Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >