Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi sekitar 2,000 stesen cas kenderaan elektrik akan dipasang di tempat letak kereta HDB

Feb 23, 2023 | 05:30 AM



HAMPIR 2,000 stesen mengecas kenderaan elektrik (EV) akan dipasang di lebih 700 tempat letak kereta di estet perumahan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menjelang akhir 2023.



Ini sejajar dengan bilangan kenderaan elektrik yang semakin meningkat di Singapura.



Stesen mengecas pertama yang dipasang hasil tender berskala besar dilancarkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Rabu.



Ia dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, dan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, di tempat meletak kereta HDB berdekatan Blok 80D Telok Blangah Towers Pavilion.



Tiga stesen cas kenderaan elektrik baru di estet Telok Blangah



Terdapat tiga stesen mengecas didapati di tempat kereta bertingkat di Blok 80D Telok Blangah Towers Pavilion di aras 3A yang dikendalikan oleh ChargEco, usaha sama oleh anak syarikat SMRT Strides Mobility, YTL PowerSeraya, Airetec dan Yes Energy Service dan lagi tiga di Blok 212A Boon Lay Place dikendalikan oleh Charge+.



"Stesen mengecas EV merupakan perkembangan penting untuk melancarkan penggunaan kenderaan elektrik di Singapura. Kami sedar bahawa salah satu kebimbangan ialah mengetahui di mana kami boleh mengecas kenderaan elektronik," kata Encik S Iswaran.



"Kami membuat kemajuan untuk mencapai sekurang-kurangnya 12,000 stesen mengecas menjelang 2025 demi membantu memenuhi keperluan pengecasan populasi EV Singapura yang semakin meningkat."



ChargEco merupakan pengendali pengecasan EV terbaru di Singapura dan telah memasang stesen pengecasan pertamanya di Telok Blangah Towers Pavilion.



"Stesen mengecas EV di tempat letak kereta Telok Blangah ini telah beroperasi selama dua minggu. Untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami, kami telah membina aplikasi mesra pengguna dan juga mengendalikan pusat panggilan 24/7," kongsi Pengurus Besar ChargEco, Encik Richard Chin.



Tahun lepas, pendaftaran kereta elektrik membentuk 11.8 peratus daripada semua pendaftaran kereta baru dan Singapura kini mempunyai lebih daripada 6500 kereta elektrik berdaftar dan hampir 10,000 kenderaan elektrik yang termasuk kelas kenderaan lain.



Justeru, demi membantu mengawasi penempatan stesen pengecasan EV di seluruh tempat letak kereta awam, LTA telah menubuhkan anak syarikat milik penuh, EV-Electric Charging Pte Ltd (EVe) yang disebut sebagai "Eve".



EVe akan bekerjasama rapat dengan lima petender dan agensi pemerintah yang berjaya untuk merancang dan menguruskan penempatan stesen pengecasan EV.



EVe juga akan menyelaraskan peningkatan infrastruktur elektrik sokongan untuk pengecasan EV.



Lima firma yang memenangi tender bagi melaksanakan tempat mengecas EV di bahagian Utara, Timur Laut, Timur, Barat dan kawasan tengah Singapura ialah Charge+ Pte Ltd; ComfortDelGro Engineering Pte Ltd; SP Mobility Pte Ltd; Shell Eastern Petroleum Pte Ltd dan Strides Automotive Services Pte Ltd.



Encik Aaron Boo, 34, pemilik kenderaan elektrik (EV) yang mengecas kenderaanya di tempat letak kereta Telok Belangah itu berkata:



"Mempunyai lebih banyak ruang stesen pengecas di sekitar pusat membeli-belah dan estet kejiranan adalah baik kerana kami tidak perlu merancang tempat untuk mengecas dan boleh mengecas kereta dalam destinasi yang berdekatan."



Justeru, pada masa akan datang, Singapura menyasarkan untuk mempunyai lebih 60,000 stesen mengecas EV menjelang 2030, di mana 40,000 daripadanya berada di tempat letak kereta awam dan 20,000 di premis persendirian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >