Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagu karya pelajar maktab rendah 'Glow' dipilih untuk Pesta Belia tahun ini

Jul 06, 2021 | 05:30 AM



PELAJAR Maktab Rendah Jayne Peh mula menulis lagu sejak usia 11 tahun ketika beliau berada di Sekolah Rendah Kuo Chuan Presbyterian.



Didorong oleh guru musiknya, beliau telah membentuk sebuah band pada 2015 bersama rakan-rakan darjah limanya untuk menulis lagu dan membuat persembahan di acara sekolah seperti pertunjukan bakat.



Tahun lalu, beliau menyerahkan sebuah lagu hasil karyanya bertajuk, Glow, bagi penyertaan untuk Pesta Belia Singapura (SYF). Lagu itu dipilih sebagai salah satu daripada 15 lagu teratas dari 150 lagu lain.



Glow disusun semula dan dirakam oleh kumpulan vokal profesional tempatan MICappella untuk SYF tahun ini.



Di bawah platform baru yang dinamakan Let's Jam Together, para pelajar dapat merakamkan diri mereka menyanyikan lagu tersebut secara maya bersama kumpulan itu.



Pesta tahunan itu, yang mempamerkan kreativiti bakat seni, dilancarkan kelmarin dengan format dalam talian untuk tahun kedua kerana pandemik Covid-19.



Tema acara tahun ini - yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan - adalah 'Meraikan Seni di Sekolah', menghargai semangat dan ketahanan anak muda dalam menghadapi kesulitan.



Semasa pelancaran dalan talian, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing berkata pandemik ini telah menjejas orang ramai dan mereka dalam sektor seni tidak terkecuali.



Beliau menambah bahawa meskipun terdapat cabaran sebegini, sektor seni akan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan golongan belia dan memupuk generasi yang bersedia untuk masa depan.



Kegiatan dan projek SYFgoesOnline di tujuh platform diadakan sehingga hari ini, melibatkan persembahan seni, muzik, tarian dan drama.



Encik Chan berkata:



"Melalui aktiviti ini, pelajar kami menemui cara baru dan kreatif untuk mengekspresikan diri mereka, dan untuk berkolaborasi secara digital antara satu sama lain.



"Mereka menunjukkan bahawa Covid-19 tidak akan menjatuhkan semangat kita dan mereka menunjukkan keberanian dan daya tahan mereka, dan melalui proses ini, mereka menemui suara seni mereka yang unik."



Bagi Jayne, pelajar tahun pertama Institusi Hwa Chong, penerimaan dan perasaan terima kasih merupakan sesuatu yang dipamerkan dalam lagunya, Glow.



Jayne yang berusia 17 tahun itu berkata:



"Saya rasa penggunaan media sosial yang meluas boleh mengasingkan diri seseorang yang mengalami sesuatu yang sukar kerana semua yang kita lihat dalam talian adalah saat-saat terbaik orang lain, tetapi kita semua memerlukan peringatan bahawa nilai kita tidak berubah."



Selain daripada Let's Jam Together, terdapat juga dua platform baru tahun ini - #helloSYF dan SYFplaysON, di mana para pelajar boleh membuat rakaman video mereka sendiri dan mempersembahkan lagu Kampong Love dalam kumpulan ensembel melalui dalam talian.



Penyertaan yang terpilih akan dipamerkan di laman web SYF dan platform media sosial hingga 1 Ogos.



Buat pertama kalinya, Pameran Seni SYF menggunakan teknologi alam maya secara 360 darjah, yang membolehkan penonton menikmati lebih daripada 260 karya seni yang diatur dengan latar belakang ruang galeri yang didigitalkan dalam Galeri Nasional Singapura.



Pameran tersebut kini berlangsung di laman web SYF mulai Sabtu ini hingga 31 Disember.




"Saya rasa penggunaan media sosial yang meluas boleh mengasingkan diri seseorang yang mengalami sesuatu yang sukar kerana semua yang kita lihat dalam talian adalah saat-saat terbaik orang lain, tetapi kita semua memerlukan peringatan bahawa nilai kita tidak berubah."
- Jayne Peh, peserta Pesta Belia Singapura tahun ini .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >