Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lahir di balai bomba, bekas ahli bomba kini jadi relawan selepas bersara

Jul 20, 2019 | 03:30 PM



Lebih tujuh dekad selepas dilahirkan di balai bomba, Encik Yunnos Shariff masih bergiat berkhidmat dengan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Encik Yunnos, kini 76 tahun, dilahirkan pada 1943 di Balai Bomba Geylan di Paya Lebar Road, di mana bapanya bekerja sebagai ahli bomba.



Encik Yunnos juga bertugas sebagai ahli bomba, dan bersara sebagai Pegawai Waran Kedua selepas berkhidmat 41 tahun dengan SCDF.



Namun walau persaraan itu melabuh tirai fasa khidmat rasminya dengan SCDF, sembilan tahun lalu, Encik Yunnos memulakan fasa kedua khidmatnya sebagai pemandu pengunjung relawan di Galeri Warisan Pertahanan Awam di Balai Bomba Central di Hill Street.



“Saya suka menjadi sukarelawan di sini… saya juga suka mengumpul lencana, topi dan apa sahaja aksesori perkhidmatan bomba,” kata Encik Yunnos.



Beliau antara 12 sukarelawan yang menerima Anugerah Sukarelawan Cemerlang SCDF yang diberikan buat julung-julung kali pada Jumaat (20 Julai).



Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Halimah Yacob di acara Malam Gala Sukarelawan SCDF, di mana agensi keselamatan itu memperingati khidmat sukarelawan dalam pertahanan awam di Singapura yang bermula sejak 150 tahun lalu.



 



Unit bomba pertama di Singapura pada 1869 dibentuk tenaga relawan dan ia dirasmikan sebagai Briged Bomba Singapura pada 1888.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >