Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lahir di China, jiwanya di Singapura

Feb 17, 2019 | 05:30 AM



DR Zhou Ang bak tidak sabar menantikan tempoh perayaan di Singapura.



Menurutnya, selain peri penting setiap perayaan itu, beliau juga gembira mencuba pelbagai jenis makanan yang ditawarkan oleh masyarakat berbilang kaum di sini.



Sebagai contoh, beberapa tahun lalu, semasa beliau bertugas di Hospital Universiti Nasional (NUH), beberapa jururawat dan kakitanan Melayu/Islam mempelawanya menjamu selera dengan mereka sempena Hari Raya Aidilfitri.



"Itu pengalaman paling menarik dan indah bagi saya," kata Dr Zhou, 27 tahun, yang kini telah berpindah ke Hospital Besar Ng Teng Fong tempat beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan di jabatan urologi.



Menurutnya, yang berbual seperti warga Singapura biasa, beliau juga telah belajar dan menggunakan beberapa perkataan dan frasa Melayu seperti 'Apa khabar' dan 'pak cik' atau 'mak cik' apabila bertemu pesakit.



"Ia berasa bak semula jadi bagi saya... saya tidak berasa janggal dan berbuat demikian boleh membantu pesakit berasa lebih selesa," katanya.



Menurut Dr Zhou lagi, kehidupan berbilang kaum di Singapura satu keistimewaan yang perlu dipelihara. Malah, ibu bapanya juga sering membawanya ke tempat tumpuan awam bagi merasakan sendiri hari-hari perayaan berbeza sejak beliau kecil.



Dr Zhou dilahirkan di Suzhou, China, tetapi menjadi warga Singapura dua tahun lalu. Namun beliau telah menetap di Singapura sejak berusia tiga tahun, apabila bapanya bertugas di sini. Adik lelakinya juga berada di Singapura, dan sedang menuntut di Fakulti Perubatan Universiti Nasional Singapura (NUS).



Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Nanyang sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang dan Institusi Hwa Chong, sebelum menyambung pelajaran dalam jurusan perubatan di NUS. Justeru, beliau melengkapkan pengajiannya dan mula bekerja di jabatan bedah NUH pada 2015.



Pada 2017, Dr Zhou menerima kad pengenalan merah jambu yang diimpikan dan menjadi warga Singapura secara rasmi. Kini, beliau menganggap dirinya lebih sebagai warga Singapura daripada warga China.



"Apabila saya pergi ke China, untuk menziarahi saudara-mara di sana... mereka berkata saya tidak lagi seperti mereka, dan menggelar saya sebagai saudara dari Singapura," kata Dr Zhou, yang berkata perkara itu membuat beliau berasa bangga menjadi warga Singapura.



Tambahnya, yang belum berumah tangga, beliau berasa bak telah menjadi warga Singapura sepanjang hayatnya.



"Rakan-rakan saya semuanya di sini, keluarga saya di sini," kata Dr Zhou, lalu tersenyum.



Rencana ini dihasilkan dengan sokongan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).




JAMU SELERA PADA AIDILFITRI



"Itu pengalaman paling menarik dan indah bagi saya."



BELAJAR & GUNA KATA, FRASA MELAYU



"Ia berasa bak semula jadi bagi saya... saya tidak berasa janggal dan berbuat demikian boleh membantu pesakit berasa lebih selesa."



- Dr Zhou Ang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >