Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lahir penghargaan kepada jiran dengan hiasi koridor sempena Tahun Baru Cina

Feb 10, 2021 | 05:30 AM



APABILA bapa mereka meninggal dunia pada Disember lalu, keluarga Encik Abdullah Abdul Rahman telah mendiami di rumah kakaknya selama sebulan sebelum kembali ke rumah mereka di Tampines.



Sepanjang ketiadaan mereka, jiran-jiran sering membantu menyiram pokok-pokok, menyapu dan membersihkan koridor depan rumahnya.



Sebagai ucapan terima kasih kepada jirannya, Encik Abdullah, 36 tahun, dan abangnya, Encik Azman Mohd Salleh, 59 tahun, memutuskan untuk membalas budi baik tetangga mereka itu menerusi hiasan bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.



"Sebelum ini, saya hanya meletakkan hiasan di luar rumah saya dan rumah jiran sebelah, Aunty Tay sahaja. Tetapi kerana Tahun Kerbau juga tahun kelahiran saya, saya rasa, kenapa tidak saya menghiaskan seluruh koridor di tingkat ini," cerita Encik Abdullah yang telah mula menghiasi koridornya sejak pertengahan bulan lalu.



Encik Abdullah juga telah ke Darul Arqam untuk bertanya bagi memastikan sama ada usahanya itu dibolehkan agama.



"Alhamdulillah, selepas mendapat jawapan, ia tidak bertentangan dengan agama kerana sambutan Tahun Baru Cina adalah satu budaya dan bukan agama," ujar penolong penjualan itu.



Encik Abdullah terus menghiasi koridornya kerana sudah berniat menggembirakan jiran-jirannya selain berusaha melahirkan ucapan terima kasih di samping memeriahkan lagi perayaan itu.



"Jika saya ingin melakukan sesuatu, saya akan bertekad dan gigih. Seperti apa yang dialami, saya juga ingin memastikan saya lakukannya dengan betul dan juga kerana ini budaya bangsa asing. Hiasannya kebanyakan berwarna merah dan emas kerana ia warna-warna tuah kaum Cina," kata adik bongsu tiga beradik itu.



Di tingkatnya itu, terdapat 15 unit rumah dan beliau menghiasi seluruh koridor tingkatnya, di lobi lif termasuk tempat buang sampah.



"Oleh sebab saya tahu jiran-jiran sukakan bunga, tema hiasan ialah floral. Saya menggunakan bunga orkid, bunga kekwa dan lain-lain lagi dan semuanya segar!



"Bunga palsu hanya digunakan jika harus diikat ketat di susur koridor atau tembok," tambahnya yang sangat berterima kasih kepada kedai bunga, Sister Flower di Pasar Bulat Tampines yang sering memberinya bunga segar dengan harga berpatutan, terutama untuk hiasannya ini.



Jiran yang tinggal bersebelahan rumahnya, Cik Mary Tay, 70 tahun, sangat gembira akan hiasan di luar rumahnya itu.



"Saya sangat gembira melihat hiasan yang cantik. Abdullah baik orangnya dan saya sering menasihatinya agar tidak berbelanja terlalu banyak untuk perhiasannya itu," ujar Cik Tay.



Encik Abdullah telah membelanjakan sekitar $100 bagi hiasan tersebut. Beliau turut cuba mengitar semula sebanyak mungkin hiasan yang ada.



"Tidak usah membeli banyak-banyak. Sampah juga boleh menjadi harta! Tanglung dan kipas yang digantung semuanya buatan sendiri dengan barang yang dikumpulkan," katanya.



"Saya terharu dan gembira dengan tarikan yang saya terima atas usaha ini. Saya suka menggembirakan orang lain," tambah Encik Abdullah yang melahirkan harapan untuk melakukan yang sama bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >