Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN ROMBAKAN KABINET: REAKSI PEMIMPIN MASYARAKAT MELAYU/ISLAM

Lahir sokongan kepimpinan Swee Keat; rakam penghargaan pada Chee Hean, Tharman

Apr 25, 2019 | 05:30 AM



PEMIMPIN masyarakat Melayu/Islam melahirkan sokongan dan keyakinan mereka dengan kepimpinan Encik Heng Swee Keat sebagai Timbalan Perdana Menteri (DPM) mulai 1 Mei nanti.



Mereka turut merakamkan penghargaan kepada Encik Teo Chee Hean dan Encik Tharman Shanmugaratnam, yang akan melepaskan jawatan mereka sebagai DPM, atas sumbangan dan sokongan mereka dalam membantu masyarakat dan negara untuk terus maju.



Presiden Jamiyah Singapura, Profesor (Adjung) Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, berkata keupayaan kepimpinan Encik Heng terserlah kerana pengalamannya yang luas dalam memegang portfolio penting seperti pendidikan dan kewangan serta diberi tanggungjawab penting seperti menerajui Jawatankuasa Ekonomi Masa Hadapan bagi melakarkan tahap pertumbuhan Singapura selanjutnya.



"Encik Heng Swee Keat jelas sekali merupakan pilihan yang tepat bagi memimpin negara ini sebagai Perdana Menteri kita yang akan datang dan kita menunjukkan isyarat yang kukuh kepada dunia bagaimana peralihan kepimpinan dijalankan dengan licin dalam demokrasi berbilang bangsa di Singapura,'' kata Dr Mohd Hasbi, dalam kenyataan Jamiyah semalam.



Bersetuju, Pemangku Pengerusi AMP, Dr Md Badrun Nafis Saion, berkata rakyat telah meraih manfaat daripada kepimpinan Encik Heng dalam kementerian kewangan dan pendidikan dalam tempoh lapan tahun lalu.



"Kami menanti-nanti untuk melihat bagaimana beliau akan terus menyumbang kepada kepimpinan negara dalam peranan barunya sebagai DPM," katanya.



Menyentuh mengenai ciri-ciri Encik Heng, Presiden Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Encik Izzudin Taherally, berkata beliau merupakan seorang yang rendah hati dan peramah apabila beliau beramah-mesra, berucap dan mendekati para belia dan relawan sewaktu menghadiri acara 4PM seperti Anugerah Bestari dan Majlis Penghargaarn Sekarelawan 4PM.



"Sebagai DPM, kami penuh yakin Encik Heng akan menerima sokongan yang besar dan kukuh daripada masyarakat Melayu/Islam Singapura dan masyarakat Singapura secara amnya,'' tambah beliau.



Presiden Lembaga Biasiswa Kenangan Maulid (LBKM), Encik Suhaimi Salleh, berkata pemilihan Encik Heng sebagai DPM menunjukkan komitmen pemerintah untuk terus memperbaharui kepimpinan negara.



Ini bukan kerana pemimpin yang ada sekarang sudah tidak lagi relevan, tetapi ia membuka peluang bagi pemimpin yang lebih muda untuk menyuntik kesegaran dalam memacu negara ke hadapan, lebih-lebih lagi dalam suasana sosio-politik dan ekonomi dunia yang semakin mencabar, tambah beliau.



"Encik Heng Swee Keat merupakan seorang ahli politik dan pemimpin negara yang kaya pengalaman.



"Saya pasti kemahiran, pengalaman dan budi pekerti beliau akan mendekatkan beliau dengan warga Singapura dan menambah nilai ke arah visi 'satu negara yang bersatu, tanpa mengira bangsa, bahasa atau agama, berasaskan keadilan dan kesaksamaan'," kata beliau.



Rombakan Kabinet yang diumumkan kelmarin akan menyaksikan Encik Heng menggantikan Encik Tharman Shanmugaratnam dan Encik Teo Chee Hean, sekali gus menjadikan beliau satu-satunya menteri yang menyandang jawatan DPM.



Encik Tharman dan Encik Teo akan melepaskan jawatan tersebut dan akan dilantik sebagai Menteri Kanan dan kekal dalam Kabinet.



Turut mengucapkan tahniah kepada Encik Heng ialah Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Rahayu Mohamad, yang berkata bahawa Encik Heng telah menunjukkan kebolehan dan visinya dengan menggerakkan pembangunan ekonomi dan sosio negara ke arah yang selamat dan progresif.



Cik Rahayu juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Tharman dan Encik Teo atas sumbangan mereka membantu Perdana Menteri Lee Hsien Loong membangunkan Singapura dari segi ekonomi dan kestabilan untuk mencapai tahap kemajuan hari ini dalam tempoh sedekad dan lebih.



Beliau berkata kedua-dua Encik Tharman dan Encik Teo memainkan peranan penting dalam menyokong PM Lee menerusi pandangan mereka dan juga sokongan bagi dasar awam pemerintah berkaitan kesejahteraan sosial dan kestabilan negara.



"Secara kebetulan, Encik Tharman dan Encik Teo masing-masing merupakan tetamu terhormat PPIS bagi ulang tahun ke-60 dan ke-65 kami dan sentiasa memuji tugas kami bagi masyarakat dalam bidang khidmat sosial, khidmat kanak-kanak dan dalam membimbing masyarakat bagi memperkukuh keluarga.



"Kami berharap mereka berdua yang tidak lama lagi akan menjadi Menteri Kanan akan terus memberi nasihat baik kepada Encik Heng Swee Keat dalam tahun-tahun mendatang. Ia juga harapan PPIS, dengan pasukan pemimpin 4G yang baru dalam kedudukan, untuk melihat lebih ramai wanita dalam peranan kepimpinan bukan hanya dalam pemerintah, namun juga dalam sektor swasta," kata beliau..




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >