Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FINALIS ANUGERAH GURU ARIF BUDIMAN (AGAB)

Lakukan lebih daripada hanya ajar bahasa Melayu

Dec 16, 2020 | 05:30 AM



SIAPA kata guru Bahasa Melayu hanya mengajar bahasa Melayu?



Bagi Cik Nur Syahirah Sa'adon, selain mengajar bahasa ibunda kepada murid-murid di Sekolah Rendah West View, beliau turut mendukung peranan sebagai Koordinator Nilai dalam Tindakan di sekolah tersebut.



Antara tanggungjawabnya termasuk melakarkan kegiatan yang sesuai bagi setiap kohort, dan untuk mendapatkan pengalaman lebih bermakna bagi murid-muridnya, beliau bekerjasama dengan badan-badan luar seperti Salvation Army, Hagar Project dan Food From The Heart.



Pengalaman kolaborasi ini juga digunakannya untuk menganjurkan konsert Hari Raya di sekolah bersama Sekolah Menengah West Spring.



Cik Syahirah, 28 tahun, yang telah mengajar di Sekolah Rendah West View sejak beliau tamat pengajian di Institut Pendidikan Nasional (NIE), merupakan antara finalis Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) tahun ini bagi kategori Perangsang.



Kategori tersebut terbuka kepada guru yang berkhidmat kurang dari 10 tahun.



Bagi guru yang berkhidmat melebihi 10 tahun, mereka digolongkan dalam kategori Teladan.



Berkongsi pengalamannya mengajar bahasa Melayu, Cik Syahirah berkata pelajar hari ini akan lebih tertarik jika mereka dapat melihat kerelevanan sesuatu pembelajaran itu dan dapat mengaitkannya dengan kehidupan harian.



Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika terdapat cabaran besar yang dihadapi guru bahasa Melayu hari ini kerana ramai pelajar lebih selesa berbahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda sendiri.



"Penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid amat ketara pada masa kini. Kadangkala, murid-murid juga tidak didedahkan kepada bahasa Melayu sewaktu di tadika," ujar Cik Syahirah.



Gurulah yang perlu memikirkan pelbagai cara membantu menarik minat pelajar mereka terhadap pembelajaran bahasa tersebut.



Namun, dengan pandemik Covid-19, cabaran yang dihadapi guru juga bertambah, katanya.



Cik Syahirah mengulas:



"Cabaran paling hebat adalah ketika penutupan sekolah akibat Covid-19.



"Saya dapat merasakan motivasi (pelajar darjah enam) semakin menurun semasa Pembelajaran di Rumah (HBL).



"Saya mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati kerana saya tidak mahu minat mereka terhadap bahasa Melayu terus menjunam.



"Apabila sekolah dibuka kembali, saya tidak terus melangsungkan pengajaran kerana saya rasa saya harus menstabilkan kembali emosi dan memastikan tahap kesediaan mereka terhadap sekolah.



"Saya mengadakan perbincangan dan sesi perkongsian untuk meluahkan kerisauan masing-masing."



"Saya rasa saat itu merupakan yang paling bermakna bagi mereka kerana mereka sedar bahawa guru bukan hanya inginkan yang terbaik untuk pelajaran mereka, tetapi kami juga peduli terhadap mereka," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >