Laluan basikal, pejalan kaki di Sentosa diberi nafas baru
Lebih 8,000 penunggang basikal guna laluan untuk masuk dan keluar pulau sejak April
Dec 15, 2016 | 05:30 AM
LEBIH 8,000 penunggang basikal telah menggunakan laluan berbasikal di Sentosa untuk masuk dan keluar dari pulau itu sejak April.
Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) mula membina rangkaian laluan basikal di jalan raya - yang pertama di Singapura - tahun lalu.