BAHAS BELANJAWAN 2016
Laluan berbumbung dari semua stesen MRT, LRT ke kemudahan awam
Apr 13, 2016 | 05:30 AM
SEMUA stesen MRT dan LRT akan dihubungkan dengan sekolah, kemudahan jagaan kesihatan dan kemudahan awam berdekatan melalui laluan berbumbung, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Cik Josephine Teo, di Parlimen semalam.
Usaha itu adalah satu perkembangan program Walk2Ride, yang kali pertama diumumkan pada Januari 2013.