Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laluan Downtown guna model pembiayaan baru

Nov 12, 2021 | 05:30 AM



  • Mulai Jan depan pemerintah tanggung sebahagian kerugian SBS Transit

  • Pemerintah raih bahagian lebih besar jika ada keuntungan



LALUAN Downtown (DTL) akan berada di bawah model pembiayaan baru bermula 1 Januari depan bagi mengurangkan ketidaktentuan perniagaan.



Kaedah baru itu juga akan menyaksikan pemerintah menanggung sebahagian daripada sebarang kerugian yang dialami pengendali SBS Transit dan mendapat bahagian yang lebih besar daripada sebarang keuntungan yang diperolehi.



Ini menyusuli bilangan penumpang yang menjunam sedang lebih ramai orang bekerja di rumah dalam pandemik Covid-19 ini, serta konteks operasi rel yang sudah berubah, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengendali SBS Transit semalam.



LTA dan SBS Transit mengumumkan bahawa DTL akan beralih kepada versi dua Rangka Kerja Pembiayaan Rel Baru (NRFF), yang sekarang digunakan bagi kebanyakan laluan rel lain.



Di bawah NRFF, pengendali pengangkutan awam mengumpul tambang yang dibayar penumpang dan membayar lesen kepada pemerintah bagi penggunaan aset operasi seperti kereta api dan sistem isyarat.



Bagi versi dua rangka kerja itu, LTA telah memperkukuh mekanisme perkongsian keuntungan dan risiko untuk mengurangkan ketidaktentuan komersial bagi pengendali, serta mengawal risiko oleh pemerintah.



"Sedang operasi pengangkutan awam merupakan satu perkhidmatan awam, ia harus menjadi perniagaan yang lebih stabil untuk memastikan pengguna terus menikmati perkhidmatan kereta api yang andal," kata LTA.



Di bawah rangka kerja itu, jika bilangan penumpang lebih rendah daripada yang dijangka hingga menjejas kewangan pengendali, LTA juga akan mengalami kemerosotan dalam pendapatan tambang dan keuntungan.



Sebaliknya, jika bilangan penumpang melebihi apa yang dijangka, pengendali akan membayar caj lesen yang lebih tinggi yang disalurkan ke Dana Terikat Rel yang digunakan untuk memperbaharui aset operasi.



DTL sebelum ini berada di bawah versi pertama NRFF sejak 2011.



"Sepanjang 10 tahun lalu sejak DTL diletakkan di bawah NRFF pada 2011, konteks operasi bagi pengendali rel kita telah berubah secara ketara - rangkaian rel telah diluaskan untuk berkhidmat kepada lebih banyak kawasan di Singapura, dan kos telah meningkat sejajar dengan piawaian keandalan rel yang lebih tinggi.



"Memandangkan perkara ini, ditambah dengan kemerosotan ketara dalam bilangan penumpang di tengah-tengah pandemik Covid-19 dan perubahan corak perjalanan disebabkan aturan kerja fleksibel, LTA dan SBST telah menyemak aturan NRFF bagi DTL untuk mengimbangi semula risiko yang ditanggung pemerintah dan pengendali," kata LTA.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SBS Transit, Encik Cheng Siak Kian, berkata pemulihan perjalanan dan kegiatan ekonomi ke tahap sebelum Covid-19 masih tidak menentu, dan corak perjalanan boleh berubah lagi selepas pandemik.



"Rangka kerja lesen yang baru sudah tentu adalah sebuah model yang lebih mampan bagi operasi rel Kumpulan ini dan akan membolehkan kami memberi tumpuan kepada operasi dan penyenggaraan sistem rel agar operasi rel kami akan kekal mampan secara kewangan untuk terus menyediakan perkhidmatan rel yang andal kepada orang ramai," katanya.



Ketua Eksekutif LTA, Encik Ng Lang, pula berkata: "LTA bertanggungjawab memastikan penumpang mendapat perkhidmatan yang baik oleh syarikat pengangkutan awam dengan operasi yang selamat, andal dan mampan dari segi kewangan.



"Peralihan DTL kepada versi dua NRFF adalah tepat pada masanya, memandangkan perubahan ketara dalam konteks operasi rel sejak DTL kali pertama diletakkan di bawah NRFF 10 tahun lalu."



Beliau menambah bahawa peralihan itu akan meningkatkan kemampanan kewangan laluan itu dan membolehkan SBST terus memberi tumpuan kepada usaha memberi khidmat baik kepada penumpang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >