Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Laluan baru bagi pelawat perniagaan jangka pendek ke S'pura dari semua negara diumumkan

Setempat
27
0

Laluan baru bagi pelawat perniagaan jangka pendek ke S'pura dari semua negara diumumkan

Pelawat harus menginap dan mengadakan mesyuarat dalam gelembung selamat Connect@Changi, iaitu pusat diasingkan yang sedang dibina di Singapore Expo. Connect@Changi menawarkan 1,300 bilik penginapan dan 340 bilik mesyuarat apabila lengkap pada pertengahan 2021.
Dec 15, 2020 | 10:04 AM

SATU laluan baru bagi pelawat perniagaan jangka pendek dari semua negara untuk mengadakan pertemuan fizikal di pusat yang dibina khas di sini telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Selasa (15 Disember).

Kumpulan pelawat terhad ini, yang juga termasuk pegawai dari negara lain dan individu nilai ekonomi tinggi,  tidak akan dikuarantin apabila memasuki Singapura menerusi laluan perjalanan diasingkan (STL) itu. Namun, mereka harus menginap di pusat khas yang disediakan, di mana mereka tidak dibenar keluar dan harus melalui beberapa ujian Covid-19 sepanjang tempoh penginapan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3