Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laluan MRT Downtown 3 dibuka 21 Oktober

ERVINA MOHAMED JAMIL
May 31, 2017 | 04:00 PM



LALUAN Downtown 3 (DTL3) akan dibuka pada 21 Oktober, sekali gus melengkapi satu laluan MRT sepanjang 42 kilometer yang dibuka dalam tiga tahap.



Secara keseluruhan, DTL menghubungkan bandar di barat laut dan timur dengan pusat bandar yang lama dan baru.



DTL3 yang sepanjang 21 kilometer dan mempunyai 16 stesen itu bermula di stesen Fort Canning - berhadapan Liang Court - dan melalui kawasan bandar lama seperti Jalan Besar dan Bendemeer.



Ia kemudian memasuki bahagian timur Singapura termasuk Geylang Bahru, MacPherson, Ubi, Bedok North dan Upper Changi sebelum berakhir di stesen Expo.



Penumpang juga boleh bertukar ke laluan MRT baru menerusi pusat pertukaran baru di DTL3.



Sebagai contoh, mereka boleh bertukar ke Laluan Circle (CCL) menerusi stesen MacPherson dan bertukar ke Laluan Timur-Barat (EWL) menerusi stesen Tampines dan Expo.



Apabila perkhidmatan bermula, penumpang boleh ke Kaki Bukit dari Tampines dalam masa 10 minit, lebih cepat berbanding masa perjalanan 25 minit dengan menaiki bas sekarang.



Menjelang 2024, DTL3 akan dilanjutkan sepanjang 2.2 kilometer untuk dihubungkan dengan Laluan Thomson-East Coast (TEL) yang akan dibangunkan.



Dengan tambahan DTL3, DTL yang berbentuk V dan mempunyai 34 stesen kini merupakan sistem kereta api tanpa pemandu bawah tanah yang terpanjang di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >