SEKITAR 1,500 pekerjaan akan ditawarkan apabila laluan MRT Thomson-East Coast (TEL) dibuka dalam lima peringkat mulai tahun ini hingga 2024.
Sejauh ini, sebanyak 600 pekerjaan sudah ditawarkan bagi mengendali tiga stesen fasa pertama laluan TEL (TEL1), yang akan mula mengambil penumpang pada 31 Januari, kata Ketua Pegawai Eksekutif, SMRT Trains Ltd, Encik Lee Ling Wee semalam.