Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laluan MRT Utara-Selatan tergendala akibat pintu skrin rosak

Mar 20, 2021 | 05:30 AM



KERETA api yang menuju ke Marina South Pier di Laluan MRT Utara-Selatan ditunda disebabkan kerosakan pintu skrin ketika waktu sibuk pagi semalam.



Pada 8.28 pagi, pengendali SMRT memberitahu penumpang di Twitter untuk menambah 10 minit waktu perjalanan mereka dari Ang Mo Kio ke Braddell disebabkan kerosakan pintu skrin landasan.



Encik Arjun Nair sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dari stesen MRT Khatib ke stesen MRT Tanjong Pagar apabila pengumuman memberitahunya sekitar 8.20 pagi bahawa kereta api akan ditunda disebabkan kerosakan di Bishan.



"Kereta api itu mula bergerak dengan perlahan di stesen Yio Chu Kang, di mana ia tersentak-sentak sedang ia bergerak," kata pegawai kesihatan dan keselamatan berusia 26 tahun itu.



Beliau turun di stesen MRT Ang Mo Kio dan menunggu hampir 20 minit, lapor The Straits Times.



Beliau melihat dua kereta api yang dipenuhi penumpang melaluinya sebelum menaiki satu kereta api.



"Ramai yang sedang mengejar masa.



"Ada yang cuba memotong barisan beratur dan menaiki kereta api," tambahnya.



Penumpang lain di Twitter berkata kelewatan itu lebih 10 minit, dengan beberapa mengeluh bahawa mereka lambat untuk ke kerja.



Pengguna Twitter 'yzfanggg' berkata pada 8.44 pagi:



"Ia mengambil saya waktu perjalanan 30 minit dari AMK ke Bishan dan saya lambat ke kerja, ia akan baik jika anda semua tidak menipu tentang waktu perjalanan??"



Pada 9.01 pagi, seorang lagi pengguna 'vaayadii' berkata kereta api sedang bergerak dengan perlahan dan ia mengambil hampir 30 minit untuk menaiki kereta api.



Seorang lagi pengguna 'travellingjes' berkata pada 9.21 pagi kereta api mengambil masa 30 minit.



Dalam tweet pada 9.53 pagi, SMRT mengurangkan waktu perjalanan tambahan dari Ang Mo Kio ke Braddell kepada 5 minit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >