Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laluan rabung baru dibuka di Kebun Bunga

Oct 19, 2019 | 01:44 PM



PENGUNJUNG Kebun Bunga Singapura kini boleh berjalan di laluan mendaki (hiking) sepanjang 350 meter, membawa mereka ke puncak tertinggi baru di taman itu, 40 meter di atas paras laut.



Mereka juga boleh menikmati keindahan tanaman dari habitat yang sering dijumpai di bukit tropika Asia Tenggara sambil mendaki Rabung Rambler Yayasan Mingxin, yang dibuka hari ini (19 Oktober).



Rabung itu sebahagian daripada Kawasan Tambahan Gallop di tapak Warisan Dunia Unesco itu. Kawasan tambahan lapan hektar itu seluas 11 padang bola, menjadikan kawasan keseluruhan taman itu sebesar 82 hektar.



Menurut The Straits Times (ST), kawasan Tambahan Gallop terletak di Gallop Road, dan pengunjung boleh memasuki kawasan itu melalui sebuah jambatan selas 200 meter di Tyersall Avenue dari Learning Forest.



Rancangan itu diperkenalkan empat tahun yang lalu, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong di pelancaran tersebut.



“Sesetengah anda mungkin tahu bahawa apabila Kebun ini dibangunkan 160 tahun yang lalu, ia cuma sebesar 22 hektar. Dengan rancangan dan Kawasan Tambahan Gallop ini, hari ini saiznya empat kali ganda, seluas 82 hektar,” kata Encik Wong.



Beliau mendorong pengunjung untuk cuba mendaki atas rabung, jika mereka “rasa ingin mengembara”. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >