Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laluan Rentas Pulau akan mempunyai 30 stesen

Feb 29, 2016 | 03:49 PM



LALUAN Rentas Pulau (CRL) sepanjang 50 kilometer merupakan bahagian penting rangkaian rel Singapura dengan 30 stesen, kebanyakannya stesen-stesen pertukaran.


Ia akan menawarkan para penumpang dengan banyak pilihan perjalanan, kata Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan.


Menurut Encik Khaw, laluan dari timur ke barat itu menyediakan perkhidmatan kereta api di kawasan-kawasan perumahan seperti Loyang, Pasir Ris, Hougang, Ang Mo Kio, Sin Min, Bukit Timah, Clementi dan West Coast.


Katanya, para penumpang akan melakukan sekurang-kurangnya 600,000 perjalanan di CRL setiap hari.


Encik Khaw berkata demikian kepada pertanyaan Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) mengenai dua pelurusan yang disarankan bagi CRL, dengan salah satu daripadanya melalui Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah (CCNR) manakala satu lagi mengelilinginya.


Encik Khaw berkata tiada keputusan telah dibuat yang mana satu pelurusan akan dipilih.


Menurutnya, laluan mengelilingi CCNR sepanjang 9 kilometer akan mengambil masa tambahan enam minit perjalanan, berbanding dengan laluan di bawah CCNR sepanjang 4 kilometer.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >