Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Setempat0

Laluan SG-HK ditunda lagi

Dec 02, 2020 | 05:30 AM

SINGAPURA dan Hong Kong sekali lagi menunda pelaksanaan gelembung perjalanan udara (ATB) yang bertujuan membolehkan perjalanan riadah antara kedua-dua negara itu, dengan bilangan kes Covid-19 kian meningkat di Hong Kong.

Menurut kenyataan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) semalam, dua negara itu telah memutuskan untuk menunda permulaan ATB ke tarikh selepas bulan ini selepas menilai keadaan wabak Covid-19 di Hong Kong.

Disebabkan jumlah kes jangkitan dalam masyarakat di Hong Kong didapati masih banyak, kedua-dua negara kini bertindak menundakan pelaksanaan ATB hingga tahun depan.

Tarikh tepat permulaan ATB akan disemak lagi lewat bulan ini.

"Penumpang dinasihatkan supaya menghubungi syarikat penerbangan berhubung rancangan perjalanan mereka. Pihak berkuasa di Singapura dan Hong Kong telah mengadakan perbincangan rapat dan akan memberi perincian terkini apabila ada perkembangan baru," kata CAAS.

ATB diumumkan pada 11 November lalu dan penerbangan pertama dijadualkan pada 22 November.

Namun pemerintah kedua-dua negara mengumumkan penundaan ATB pada 21 November.

Di bawah ATB, mereka yang ingin pergi ke Hong Kong dari Singapura dan sebaliknya dikenakan menjalani ujian Covid-19.

Namun mereka tidak perlu menjalani tempoh kuarantin mahupun memenuhi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).

Tujuan kedatangan dan jadual lawatan juga tidak disekat.

ATB Singapura-Hong Kong itu merupakan usaha membuka perjalanan udara secara selamat pertama antara dua hab udara itu sejak sekatan sempadan ditetapkan di tengah pandemik ini.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map