Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laman Facebook propemerintah dituduh langgar peraturan larang iklan pilihan raya

Jun 16, 2016 | 10:48 AM



SEORANG lelaki telah membuat laporan polis terhadap sebuah laman Facebook propemerintah kerana melanggar larangan ke atas iklan pilihan raya semasa pilihan raya kecil Bukit Batok.



Encik Augustine Lee menuduh laman itu, Fabrications About The PAP, menerbitkan dua pos Facebook pada 7 Mei, Hari Mengundi pilihan raya kecil itu.



Beliau mendakwa satu pos meminta orang ramai mengundi calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Murali Pillai, dan satu lagi mengkritik lawan Encik Murali, ketua Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan.



Polis mengesahkan pada Rabu (15 Jun) satu laporan telah dibuat dan berkata mereka sedang menyiasat perkara itu.



Ini berlaku hampir tiga minggu selepas seorang pegawai Jabatan Pilihan Raya (ELD) membuat laporan polis terhadap penulis blog Roy Ngerng, bekas tahanan politik Teo Soh Lung dan laman web sosio-politik The Independent Singapura berhubung tulisan dalam talian yang dibuat pada 6 Mei, iaitu Hari Bertenang, dan Hari Mengundi pilihan raya kecil tersebut.



Dalam laporan polisnya, yang dibuat pada Isnin, Encik Lee berkata satu daripada pos itu didakwa berkata: "Undilah Murali kerana dia bekerja untuk anda. Bukan kerana anda sebahagian daripada perjalanan politik."



Satu lagi didakwa mempunyai petikan tukilan daripada bekas calon presiden Tan Cheng Bock, "yang mengkritik... Dr Chee", kata Encik Lee, yang menghantar laporan polis itu kepada pihak media pada Rabu.



Kedua-dua pos telah diturunkan.



Iklan pilihan raya, termasuk pos bertujuan meningkatkan kedudukan parti atau calon atau menggalak kejayaan pilihan raya mereka, dilarang pada Hari Bertenang dan Hari Mengundi.



ELD berkata ini bertujuan memberi pengundi masa untuk berfikir secara rasional mengenai isu-isu yang dibangkitkan sebelum mereka mengundi.



Pos iklan pilihan raya pada dua hari itu adalah satu kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen. Seseorang yang didapati bersalah berbuat demikian boleh dikenakan hukuman denda hingga $1,000, penjara hingga 12 bulan, atau kedua-dua hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >