Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laman SafeTravel bagi mohon perjalanan ke SG alami gangguan

Nov 23, 2021 | 05:30 AM



LAMAN web SafeTravel yang perlu dilungsuri pengunjung dari luar negara yang ingin memohon Pas Perjalanan Bagi Orang Yang Sudah Divaksinasi (VTP) mengalami gangguan selama beberapa jam semalam, pada hari pertama permohonan dibuka bagi mereka yang ingin memasuki negara ini dari Malaysia.



Difahamkan, laman web itu mengalami gangguan sekitar 12 tengah hari, dengan memaparkan mesej bahawa ia sedang menjalani penyenggaraan yang dijadual.



Menerusi satu kenyataan semalam, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata khidmat permohonan VTP di laman web SafeTravel kembali pulih pada 3 petang.



"Apabila portal permohonan VTP bagi pengunjung dari Malaysia dan Indonesia dibuka pada 10 pagi (semalam), terdapat banyak permohonan yang menyebabkan gangguan kepada sistem.



"Kami kesal atas gangguan yang berlaku dan mengucapkan terima kasih kepada pemohon kerana memahami," ujarnya.



Tambahnya, tiada kuota dikenakan bagi VTP yang dikeluarkan bagi perjalanan udara.



Warga dan penduduk tetap (PR) Singapura tidak perlu memohon bagi VTP untuk memasuki Singapura di bawah VTL.



Permohonan VTP bagi pengunjung jangka pendek dan panjang dari Malaysia dibuka 10 pagi semalam, menjelang Laluan Perjalanan Bagi Orang Yang Sudah Divaksinasi (VTL) antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang akan bermula pada 29 November.



Laluan VTL membenarkan pengunjung mengikuti perjalanan tanpa kuarantin.



Perjalanan antara Singapura dengan Malaysia sememangnya amat dinantikan sejak Malaysia menutup sempadannya sekitar Mac tahun lalu.



Sebelum pandemik, Koswe dan Laluan Kedua Tuas kedua-duanya menyaksikan sekitar 415,000 pengunjung setiap hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >