Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laman web polis palsu ‘pancing’ butiran peribadi muncul lagi

Nov 12, 2019 | 05:15 PM



LAMAN web menyerupai laman web rasmi Pasukan Polis Singapura (SPF) yang cuba menipu orang agar memberi butiran peribadi muncul sekali lagi, kata polis hari ini (12 November).



Polis berkata mereka telah memberi nasihat mengenai perkara itu seawal 2017.



Laman web palsu serupa sebelum ini, muncul pada Januari lalu, dengan polis memberi amaran mengenai penipuan yang menyerupai laman web SPF untuk memancing atau ‘phishing’ butiran peribadi dan maklumat kewangan.



Ia kemudian muncul semula pada Oktober.



Polis berkata bahawa mereka menerima laporan Khamis lepas berkaitan laman web palsu.



Seorang wanita berusia 52 tahun memberitahu polis bahawa $3,300 telah dipindahkan dari banknya ke akaun lain tanpa izinnya. Beliau menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku dirinya dari SPF dan mendakwa wanita itu terlibat dalam kegiatan haram. 



Panggilan itu kemudian dialihkan kepada seseorang yang mengaku dirinya pegawai kuat kuasa undang-undang di China, yang kemudian membawanya ke laman web menyerupai lelaman SPF.



Mangsa kemudian disuruh memberi butiran akaun bank dan kata laluan.



Wanita itu mengesyaki bahawa dirinya ditipu apabila menerima pesanan bahawa wang telah dipindahkan oleh akaunnya kepada akaun luar negara.



Polis masih menyiasat kes ini.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >