SEMASA mengunjungi India untuk menghadiri acara perkahwinan pada 2016, Encik Prakash Kumar Hetamsaria menerima kejutan apabila beliau menjadi mangsa berita palsu.
Rakan-rakan beliau memberitahunya mengenai satu laporan di laman alternatif All Singapore Stuff yang mengisahkan tentang seorang warga baru bernama Fernandez yang rasa kecewa dengan Singapura dan mahu melepaskan kerakyatannya.