PENUMPANG yang menaiki kereta api menuju stesen MRT Lapangan Terbang Changi dan dari stesen tersebut boleh menjangka masa perjalanan lebih lama selepas retakan dikesan di landasan berhampiran stesen itu pada Jumaat (17 Januari).
Masa perjalanan dijangka bertambah kurang lima minit, kata pengendali kereta api SMRT.
Bercakap kepada akhbar The Straits Times pada Khamis (16 Jan), SMRT memberitahu bahawa ia telah menemui retak di landasan lintasan berdekatan stesen MRT itu semasa kerja-kerja kejuruteraan dijalankan pada 13 Januari.
Lintasan tersebut merupakan di mana dua landasan bertemu. SMRT tidak menyatakan saiz retak tersebut.
Ketua pegawai perhubungan Margaret Teo berkata kerja-kerja pembaikan agak kompleks dan akan diselesaikan pada Selasa (21 Jan).
“Semua kereta api akan diarahkan kepada satu platform untuk mengelakkan seksyen yang terjejas. Sebagai langkah berjaga-jaga, kereta api kini berjalan dengan perlahan berdekatan kawasan itu.
“Kami berharap penumpang memahami dan bersabar,” tambahnya.