Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langgar Akta Covid-19: Pelakon veteran mengaku salah

May 26, 2021 | 05:30 AM



PELAKON veteran Terence Cao Guohui telah mengaku bersalah menjadi tuan rumah kepada 12 tetamu walau dalam pandemik Covid-19 pada Oktober tahun lalu.



Hal tersebut merupakan pelanggaran Akta Covid-19 (Langkah Sementara).



Dia telah didenda $3,500 semalam atas kesalahan tersebut, lapor The Straits Times.



Cao, 53 tahun, telah melanggar undang-undang di bawah Fasa 2 waktu itu yang hanya membenarkan perkumpulan sosial tidak melebihi lima orang.



Salah seorang tetamunya, bekas editor majalah Lance Lim Chee Keong, 50 tahun, yang telah menjemput empat orang ke perjumpaan itu, telah didenda $3,000 minggu lalu atas kesalahan serupa di bawah Akta tersebut.



Mahkamah diberitahu bahawa Cao pada awalnya telah menjemput hanya lima orang ke rumahnya di Daisy Road, dekat Braddell Road.



Jemputan itu adalah untuk menyambut hari lahirnya dan dua artis lain, Shane Pow Xun Ping, 30 tahun; dan Jeffrey Xu Mingjie, 32 tahun.



Namun, Lim telah menjemput empat lagi orang dan jumlah tetamu kemudian bertambah ke 12 orang pada hari tersebut.



Sambutan tersebut dikecam di media sosial setelah gambar kumpulan tersebut yang tidak memakai pelitup tular dalam talian.



Seramai 12 tetamu berada di dalam rumah tersebut antara 9 malam pada 2 Oktober 2020 dengan 1 pagi keesokan harinya.



Antara mereka ialah tujuh artis - Julie Tan Shaoyin, 29 tahun; Sonia Nicola Chew, 30 tahun; Dawn Yeoh Yishan, 34 tahun; Jeremy Chan Ming Yuew, 39 tahun; Heng Tee Kok, 45 tahun; Pow dan Xu.



Lima tetamu lain merupakan pengurus Tan Jun Chuan, 30 tahun; Debbie Lu Shuyi, 33 tahun; dan Eleanor Wang Chunwei, 34 tahun; serta model sambilan Valnice Yek Jia Hui, 22 tahun, dan Lim.



Sebelas tetamu itu sudah didenda $300.



Pesalah kali pertama yang melanggar Akta Covid-19 (Langkah Sementara) boleh dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga $10,000.



Pesalah berulang boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda sehingga $20,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >