Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Langgar aturan selamat Covid-19: Lesen kapal pesiar digantung

Jan 23, 2021 | 07:36 PM

LESEN sebuah kapal pesiar yang ditempah bagi perhimpunan sosial telah digantung Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) atas satu kejadian pada Disember lalu yang melanggar peraturan Covid-19.

Kejadian itu termasuk membabitkan perhimpunan seramai lebih daripada lima orang dalam setiap kumpulan, sekali gus melanggar peraturan pengurusan selamat Fasa Dua pembukaan semula ekonomi pada ketika itu.

Menerusi satu kenyataan pada Sabtu (23 Jan), MPA berkata lesen kapal tersebut, yang bernama Advant telah digantung selama 30 hari ekoran insiden yang berlaku dekat Pulau Lazarus pada 26 Disember lalu.

Siasatan awal MPA mendapati jumlah penumpang kapal itu melebihi had jumlah bagi perhimpunan seramai lima orang setiap kumpulan pada ketika itu.

Manakala had jumlah perhimpunan seramai lapan orang ketika Fasa Tiga pembukaan semula ekonomi hanya bermula pada 28 Disember.

Berita Popular

Berdasarkan siasatan MPA, kapal pesiar berkenaan ditempah bagi perhimpunan sosial dan penumpang didapati telah berinteraksi antara satu sama lain.

Gambar dan video insiden itu turut dikongsi dalam laman media sosial pada 26 Disember menunjukkan sekurang-kurangnya 10 individu – lelaki dan wanita – sedang menari tanpa memakai pelitup di kapal itu.

MPA menambah tindakan lanjut akan diambil bagi mereka yang melanggar undang-undang negara.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map