Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langgar aturan selamat Covid-19: Lesen kapal pesiar digantung

Jan 24, 2021 | 05:30 AM



LESEN sebuah kapal pesiar yang ditempah bagi perhimpunan sosial telah digantung Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) atas satu kejadian pada Disember lalu yang melanggar peraturan Covid-19.



Kejadian itu termasuk membabitkan perhimpunan seramai lebih daripada lima orang dalam setiap kumpulan, sekali gus melanggar peraturan pengurusan selamat Fasa Dua pembukaan semula ekonomi pada ketika itu.



Menerusi satu kenyataan semalam, MPA berkata lesen kapal tersebut, yang bernama Advant telah digantung selama 30 hari ekoran insiden yang berlaku dekat Pulau Lazarus pada 26 Disember lalu.



Siasatan awal MPA mendapati jumlah penumpang kapal itu melebihi had jumlah bagi perhimpunan seramai lima orang setiap kumpulan pada ketika itu.



Manakala had jumlah perhimpunan seramai lapan orang ketika Fasa Tiga pembukaan semula ekonomi hanya bermula pada 28 Disember.



Berdasarkan siasatan MPA, kapal pesiar berkenaan ditempah bagi perhimpunan sosial dan penumpang didapati telah berinteraksi antara satu sama lain.



Gambar dan video insiden itu turut dikongsi dalam laman media sosial pada 26 Disember menunjukkan sekurang-kurangnya 10 individu - lelaki dan wanita - sedang menari tanpa memakai pelitup di kapal itu.



MPA menambah tindakan lanjut akan diambil bagi mereka yang melanggar undang-undang negara.



"MPA mengingatkan semua pemilik dan pengendali kapal pesiar agar terus mematuhi rancangan pengurusan selamat yang telah dihantar bagi operasi perniagaan mereka, serta memainkan peranan masing-masing bagi memastikan keadaan Covid-19 di Singapura terus terkawal.



"MPA memandang serius semua pelanggaran langkah pengurusan selamat dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas pihak yang terlibat," tegasnya.



Insiden berkenaan merupakan salah satu daripada beberapa perhimpunan sosial yang didapati melanggar peraturan Covid-19 hingga membabitkan tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >