Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langgar aturan selamat di pesta Tahun Baru: 4 belia akan didakwa

Jan 25, 2022 | 05:30 AM



EMPAT belia yang didakwa melanggar beberapa langkah pengurusan selamat di sebuah pesta Malam Tahun Baru di Clarke Quay akan didakwa di mahkamah hari ini.



Keempat mereka berusia antara 19 dengan 22 tahun, kata Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) semalam.



Lagi empat orang di pesta pada 31 Disember tahun lalu itu telah didenda $1,000 setiap seorang kerana melanggar langkah pengurusan selamat.



Kejadian itu, yang dirakam dalam video dan dimuat naik ke media sosial, dipercayai melibatkan ratusan orang dalam pesta pengiraan detik spontan di hadapan Riverside Point.



Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian yang menangani Covid-19 berkata ia melibatkan pelanggaran peraturan pengurusan selamat secara terang, dan menyifatkannya sebagai kejadian yang berpotensi menyebarkan Covid-19 secara besar-besaran.



Video-video itu menunjukkan orang ramai bersorak, menyanyi, meraikan dan mengira detik menjelang Tahun Baru.



Ramai juga tidak memakai pelitup mereka dengan betul.



Dalam video itu, seorang lelaki dilihat berdiri di atas platform tinggi dan menuang cecair daripada sebuah botol ke arah orang ramai.



Kakitangan kedai makan di kawasan itu kemudiannya memberitahu The Straits Times bahawa sampah, termasuk botol alkohol dan tin bir, bertaburan di sepanjang kawasan itu pada keesokan harinya.



Seorang pekerja di kedai serbaneka berhampiran berkata orang ramai bersurai hanya sekitar 4 pagi.



Dalam kenyataannya semalam, URA berkata agensi penguatkuasaan telah menyiasat kejadian itu.



"Siasatan lanjut terhadap individu lain sedang dijalankan, dan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mereka jika mereka didapati melanggar langkah pengurusan selamat, yang dilaksanakan untuk melindungi orang ramai," kata kenyataan itu.



"Memandangkan kita masih di tengah-tengah pandemik, penting untuk setiap orang bersikap bertanggungjawab secara sosial dan mematuhi langkah pengurusan selamat yang dilaksanakan, seperti pemakaian pelitup yang betul, mengekalkan jarak satu meter antara satu sama lain dan kekal dalam kumpulan lima individu atau kurang."



Ia menambah bahawa agensi-agensi akan meningkatkan penguatkuasaan langkah pengurusan selamat di seluruh negara menjelang Tahun Baru Cina.



"Pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap individu serta premis makanan dan minuman yang ingkar," katanya.



"Kami menggesa semua orang memainkan peranan mereka untuk melindungi kesihatan mereka sendiri dan orang lain."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >