Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langgar aturan tempoh inap flat HDB: Tindakan disiplin diambil ke atas 18 ejen

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



TINDAKAN disiplin telah diambil ke atas 18 ejen hartanah yang didapati telah membantu klien mereka memasarkan flat Lembaga Perumahan dan Pembagunan (HDB) yang mungkin tidak memenuhi peraturan tempoh penginapan minimum (MOP) antara 2017 dengan 2022, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Ejen hartanah ini didapati melanggar Kod Etika dan Penjagaan Klien Secara Profesional, yang memerlukan ejen hartanah memastikan tiada undang-undang, termasuk berkenaan hartanah HDB, telah dilanggar.



Encik Lee berkata demikian di Parlimen bagi menjawab beberapa soalan berkenaan pemilik rumah HDB yang melanggar peraturan MOP.



Encik Lee berkata dalam kalangan 18 ejen itu, pendaftaran seramai enam ejen telah digantung antara tujuh minggu dengan 48 minggu dan mereka dikenakan penalti kewangan daripada $2,000 hingga $5,000 oleh jawatankuasa disiplin Majlis Agensi Hartanah (CEA).



Dua ejen hartanah diberikan Surat Teguran, dengan salah satu daripadanya dikenakan penalti kewangan $1,000. Seramai 10 ejen lagi diberikan surat amaran atas pelanggaran disiplin mereka.



Antara 2017 dengan 2022, CEA secara keseluruhan telah menyiasat 51 kes melibatkan 69 ejen hartanah.



Siasatan ke atas 32 kes telah selesai sementara 19 kes lagi masih sedang disiasat.



"Sekiranya seorang ejen hartanah mempunyai sebab munasabah untuk mengesyaki bahawa peraturan MOP HDB telah dilanggar, beliau patut memberitahu kliennya tentang kesan yang boleh timbul, dan berhenti memasarkan hartanah klien tersebut," katanya.



HDB dan CEA, katanya akan terus bekerjasama rapat untuk menyiasat kes yang melibatkan pemilik HDB yang menjual atau menyewa flat mereka sewaktu MOP.



Menjawab soalan susulan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) berkenaan trend pelanggaran kod tersebut, Encik Lee berkata jumlah aduan terhadap ejen disyaki terlibat dalam pelanggaran peraturan, termasuk yang berkenaan MOP, telah meningkat daripada sekitar tiga setahun kepada 20 dalam setahun, menjadikannya satu keprihatinan.



Encik Lee turut berkata HDB mengesan pelanggaran peraturan HDB menerusi pelbagai cara, termasuk pemeriksaan tetap ke atas unit HDB, maklum balas anggota awam dan ejen hartanah, serta penggunaan analitik data dan alat lain.



Sejak 2017, HDB telah memeriksa 35,000 rumah secara rambang. Antara 2017 dengan 2022, ia telah menerima 4,700 maklum balas berkaitan pelanggaran MOP.



HDB juga menjalankan pemeriksaan ke atas semua flat HDB yang terlibat dalam urus niaga jualan semula dan flat yang didapati dalam keadaan kosong atau sangat baru akan diberi perhatian untuk pemeriksaan lanjut.



"HDB memandang serius pelanggaran peraturannya dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik yang ingkar. Berdasarkan keterukan pelanggaran, HDB boleh mengeluarkan amaran bertulis, mengenakan penalti kewangan sehingga $50,000 atau secara wajib memperoleh flat itu," tegasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >